Thursday, March 27, 2014

Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran

Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan

1. Mikroskop


Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan mikroskop
Fungsi : Mikroskop adalah sebuah alat untuk melihat objek yang terlalu kecil seperti mikroorganisma Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ia ialah alat yg menggunakan kanta untuk menjadikan objek kecil kelihatan besar; ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk meng­hasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mi­kroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal


2. Teleskop




Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan teleskop
Fungsi : Teleskop merupakan salah satu alat yang dapat kita gunakan untuk melihat benda pada jarak jauh seperti melihat bintang, bulan dan planet

3. Kanta Pembesar





Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan kanta pembesar
Fungsi : Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan. Kanta pembesar biasanya mempunyai kuasa pembesar yang rendah: 2×–6×, dengan jenis kuasa rendah adalah lebih biasa. Pada pembesaran yang lebih tinggi, kualiti imej kaca pembesar mudah menjadi lemah kerana herotan optik , terutamanya herotan sfera . Apabila lebih pembesaran atau imej yang lebih baik diperlukan, jenis pembesar tangan yang lain biasanya digunakan.

4.Kaca mata



Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan kaca mata
Kaca mata merupakan alat bantu bagi sipemakainya dimana sebuah bingkai atau frame
yang didepannya terletak sebuah kedudukan lensa, jika lensa telah tepasang dikedudukan gagang atau frame maka jadilah sebuah kacamata.ia membantu pemakainya unutk melihat dengan lebih jelas.
Kacamata memiliki beberapa fungsi. ini termasuklah sebagai pelindung, menambah tajam penglihatan dan kecantikan


5. Mesin Sinar-X



Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan pengimbas sinar-x
Fungsi : mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal seperti bahagian dalam tubuh, bagasi dan sebagainya. Popular dalam bidang kesihatan dan keselamatan.



6. Periskop


Sumber gambar http://wennyphysics.blogspot.com/2012/02/laporan-alat-optik.html

Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan periskop
Fungsi : Alat optik berbentuk tiub yang mengandungi kanta, cermin, atau prisma untuk melihat objek yang tidak selari dengan garis pelihatan, mislanya dalam kapal selam, untuk melihat objek di permukaan air. Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung.

7. Teropong


  


Teropong gambar sumber http://vector.me/browse/200624/binoculars_clip_art
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan teropong binokular
Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh seperti yang digunakan oleh pasukan tentera dan para pelancong


Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran

1. Stetoskop



Sumber gambar http://obrazky.superia.cz/pristroje/stetoskop-1280.php
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan stetoskop
Fungsi : Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

2. Alat Bantu Pendengaran



Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan alat bantu pendengaran
Fungsi : Alat bantu dengar merupakan suatu alat yang dapat digunakan oleh manusia dengan gangguan fungsi pendengaran pada telinga. Biasanya alat ini dapat dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bagian sekitar teling

3. Mikrofon




Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan mikrofon
Fungsi : alat untuk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi seperti dalam telefon, radio dan pembesar suara.

4. Pembesar Suara


sumber gambar : http://amirnawawi.com/wp-content/uploads/2011/09/speaker.jpg
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan pembesar suara
Fungsi : alat penguat suara.dan bunyi



Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran dan Pengelihatan
1. Alat Pengimbas Ultrabunyi



Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan pengimbas ultrabunyi
Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi
ia banyak membatu dalam bidang perubatan.

BACA JUGA
BAHAN CEMAR UDARA

Wednesday, March 26, 2014

Contoh soalan soal selidik sukan untuk perpaduan dan integrasi kaum

Dalam membina soalan kajian selidik, kita mesti membina soalan yang mengambarkan tentang apa yang kita kaji @ objektif kajian

Biasanya bentuk soal selidik terbahagi kepada dua bahagian



Contoh soalan soal selidik sukan untuk perpaduan dan integrasi kaum

Bahagian I :LatarBelakangPelajar.

Tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Jantina: [       ] Lelaki [    ] Perempuan

2. Umur: __________ tahun.

3. Bangsa: Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain-lain: __________(Sila nyatakan).


Bahagian II :Sukan untuk perpaduan dan integrasi kaum


Bulatkan pada jawapan soal selidik Sukan untuk perpaduan dan integrasi kaum dibawah

SKALA PETUNJUK: 

1= Sangat Tidak Setuju      2 = Tidak Setuju        3 = Setuju       4 = Sangat Setuju



1. Saya percaya perpaduan boleh dibentuk melalui sukan

     1            2                3                4


2. Semangat petriotisma saya meningkat melalui menonton perlawanan bola sepak

    1            2                3                4

3. Sukan boleh merapatkan hubungan antara kaum

   1            2                3                4

4. Keadaan penonton yang bergaduh  stadium semasa perlawanan adalah tidak baik.

 1            2                3                4

5.Sukan adalam medium utama dalam membentuk perpaduan

1            2                3                4

dll.... berdasarka objektif kajian anda.. TQ

Saturday, March 15, 2014

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG BAGI PROGRAM BERKEMBAR IKIP-UNIVERSITY YARMOUK, JORDAN

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG BAGI PROGRAM BERKEMBAR IKIP-UNIVERSITY YARMOUK, JORDAN

Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Program ini meliputi pengajian selama 2 tahun di Kolej IKIP dan 2 tahun di Universiti Yarmouk, Jordan.

Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum ke Jordan. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.  sumber Yayasan Pahang

Thursday, March 13, 2014

surat akuan tidak berkerja (penanguhan bayaran balik ptptn)

Contoh surat akuan tidak berkerja.

kepada:.....


Tuan

SURAT SOKONGAN  TIDAK BERKERJA

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang pengetahuan saya bahawa penama dibawah telah menamatkan pengajian  pada........................................
Nama:
KP:
Alamat

3.      Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa penama tersebut belum berkerja dan permohonan penaguhan bayaran pinjaman beliau adalah disokong.



Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan

....................................................................................................

t.t    surat sokongan tidak berkerja dari pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan profesional

BACA JUGA
http://mysekebun.blogspot.com/2013/05/penaguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn.html
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/penangguhan-bayaran-balik/kaedah

contoh perancangan strategik kokurikulum sekolah

Perancangan strategik kokurikulum mesti seiring dengan VISIsekolah

contoh visi sekolah : VISI "SK.................................. MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI PERINGKAT NEGERI  MENJELANG 2016"

jadi perancangan unit kokurikulum mesti juga cemerlang menjelang  tahun 2016...
Secara umumnya, kecemerlangan bidang kokurikulum diukur dengan jumlah pingat yang berjaya dipunggut,
jumlah murid mendapat "A" dalam markah penilaian kokurikulum, pengelibatan dalam kokuria DAN Pengelibatan murid diperingkat daerah, negeri dan kebangsaa.


BIDANG
ISU
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF
PETUNJUK PRESTASI UTAMA(KPI)
SASARAN
TOV
2014
2015
2016
Kokurikulum
Pencapaian di peringkat daerah belum membanggakan
Meningkatkan  pencapaian kokurikulum dan sukan peringkat daerah/ Negeri
Meningkatkan pencapaian olahraga peringkat daerah
Bilangan pingat emas dalam olahraga peringkat daerah
3 pingat
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Bilangan keseluruhan pingat dalam olahraga peringkat daerah
1 pingat
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Meningkatkan pencapaian permainan peringkat daerah
Pencapaian johan, naib johan dan tempat ketiga permainan peringkat daerah
0
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Meningkatkan pencapaian kokurikulum akademik peringkat daerah
Pencapaian johan, naib johan dan tempat ketiga kokurikulum akademik  peringkat daerah
2 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
Meningkatkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
Peratus kehadiran dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
80%
90%
95%
100%
Peratus murid mendapat gred A dalam CGPA kokurikulum
80%
90%
95%
100%


harta pusaka

Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka?
Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak
alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan,
perabot rumah, pakaian dan sebagainya  dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta
kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta tak alih

Nota Harta pusaka 1 Maksud Harta pusaka.
Nota Harta pusaka 2.: Pemegang Amanah
Nota Harta pusaka 3 : INSTITUSI YANG MENGENDALIKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN

soalan sejarah tahun 4

Soalan  Sejarah tahun 4
1.Apakah sejarah?
a.Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
b.Sejarah ialah peristiwa yang akanr  berlaku
c.Sejarah ialah cerita dongen yang  berlaku pada waktu lampau

2. “Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka
Penyataan ini  merujuk kepada pendapat sejarawan terkenal:-
a.Herodotus
b.Ibn Khaldun
c.Ibn Batuta

3.Siapakah Herodatus?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

4.Siapakah Ibn Khaldun?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

5.Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu……………………
a.Sumber asli dan sumber baharu
b.Sumber pertama dan sumber kedua
c.Sumber tiruan dan rekaan

6.Pilih pernyataan yang BENAR
a.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah penulisan
b.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah artifak
c.Sumber pertama ialah sumber  majalah dan sumber kedua ialah penulisan

7.Berikut ialah contoh sumber Pertama  KECUALI
a.Fosil
b.Manuskrip
c.Internet

8.Apakah artifak?
a.Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
b.tinggalan haiwan atau tumbuhan
c.Naskah tulisan tanggan

9. Kaedah arkeologi ialah
a.kajian sumber dari bahan bertulis
b.kajian secara temubual
c.Kajian terhadap tinggalan purba

10.Gua Niah ialah gua yang……………………………….. di Asia Tenggara
a.terbesar
b.tertua
c.tercantik

Soalan 11-15
Padankan dengan yang betul

Masjid Kampung Hulu

dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia  terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
A famosa


Ia merupakan masjid tertua di negeri ini dan dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728. Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam.

Stadthuys

terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Gereja St. Francis Xavier

Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Monday, March 10, 2014

CONTOH KERTAS KERJA HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KERJA HARI GURU

TEMA HARI GURU :………………………….
16 MEI ................................

1.0 PENDAHULUAN
Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru.
Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0 RASIONAL
Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah :
1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru.
2. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan warga sekolah

3.0 MATLAMAT
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN
1.Guru-guru
2. Kakitangan
3.Murid-murid

5.0 CADANGAN AKTIVITI
Acara dewan
Acara padang

6.0 SUMBER KEWANGAN
KELAB GURU DAN KAKITANGAN


7.0 TARIKH CADANGAN AKTIVITI

Tarikh : 16 May
Masa : 7.30-1.10 ptg
Tempat : Dewan dan padang

8.0 TENTATIF PROGRAM
7.40 pg : Acara Dewan
Berhimpun
Nyanyian lagu negeri Pahang
Nyanyian lagu Negaraku
Alua-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan wakil murid-
Ucapan guru besar
Bacaan Perutusan Hari Guru
Bacaan Ikrar –

9.00 pg: Acara Padang
10.10 pg : Rehat

10.40 pg: Acara Dewan
Berhimpun semula
Persembahan 1 (murid prasekolah)
Persembahan 2(murid)
Persembahan Khas Hari Guru
( 2 persembahan lagu guru malaysia/ biarku menjadi lilin)
Penyampaian saguhati murid ke guru
Majlis bersalam-salaman

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : (Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI : (PK. Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 1:  (PK. Kurikulum) 
NAIB PENGERUSI 2:  (PK Hem)

SETIAUSAHA 1 :  (PENGERUSI KELAB GURU)
SETIAUSAHA 2 :  (SU KO)

  
AJK
Nama Guru
Tugas
Laporan/ FOTO

-Menyediakan dokumentasi lengkap
Acara Padang

-Menguruskan acara padang dari pengurusan pertandingan hinggalah ke pengadilan.
Buku Program

-Menyediakan buku program
Hadiah/cenderahati

-Menyediakan hadiah dewan dan acara padang.
Persiapan dewan

-Menyediakan persiapan dewan termasuk backdrop
Persembahan

-Menyediakan/ menyedia 2 persembahan guru dan 2 persembahan khas (murid).

PA system/ LCD

-Menyediakan berkaitan muzik ,  sistem bunyi atau tayangan.
Keselamatan            

-Menyediakan dan menguruskan hal-hal kecemasan
-menyediakan kit petolongan cemas
Pengacara   majlis Dewan

- majlis Dewan
Air minuman

- membeli air mineral

Jamuan Rehat


- menempah makanan
-makan di kantin


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Kuantiti

Harga
Jumlah
Harga
1

2

3

4

5



Persembahan murid

Jamuan

Minuman (air mineral)

Hadiah (Acara padang) 
hamper
Baner
2

30

4
30

10

5.50

30
60.00

165.00

30.00

120.00

80.00
JUMLAH
645.00


disediakan oleh
.........................................................

disahkan oleh
...........................................................



CONTOH SURAT KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT UNIFORM SEKOLAH

Nama:....................................
GURU PENASIHAT
KADET REMAJA SEKOLAH
SK.................................................

Tuan,
KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT UNIFORM-
KADET REMAJA SEKOLAH

Merujuk surat tuan dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya,  sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan  KADET REMAJA SEKOLAH , SK...........
adalah diluluskan berkuatkuasa mulai  3 JANUARI hingga 31 NOV 2014

2 Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan :-
2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan sebagaimana yang telah termaktub

Sekian

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

Baca juga
Contoh surat Mohon tubuh Unit uniform
Contoh surat kelulusan penubuhan Unit Uniform

CONTOH SURAT MOHON PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

Guru Besar
SK.........................................

Tuan

PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT UNIFORM- 
KADET REMAJA SEKOLAH

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya dengan ini memohon untuk menubuhkan 
KADET REMAJA SEKOLAH  SK................................. berkuatkuasa mulai 3 JANUARI hingga 31 NOV 2014

2 Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:
2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu  diucapkan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,      

Baca juga
Contoh surat Mohon tubuh Unit uniform
Contoh surat kelulusan penubuhan Unit Uniform                                                                              

Thursday, March 6, 2014

CONTOH SURAT PELANTIKAN GURU PENTAKSIR SEKOLAH (PBS)

kepada

Nama : 
No. KP : 
Jawatan : 

PELANTIKAN GURU PENTAKSIR SEKOLAH (PBS)

Perkara diatas adalah dirujuk
Adalah  dimaklumkan bahawa tuan dilantik sebagai Guru Pentaksir Sekolah bagi sesi 2014 sebagaimana ketetapan berikut:-

Bil
Subjek
Tahun/Tingkatan
Kelas













3. Perlantikan ini bermula pada 1 januari............. hingga 31 Disember................

4. Kami percaya dan yakin tuan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Kerjasama dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...