Wednesday, March 29, 2017

SEMAK EJAAN ANDA

Cara mudah menyemak ejaan..
sangat mudah anda hanya pertu taip di kotak carian goole.
Ia akan menampakan cadangan hasila ejaan yang tepat.. rujuk gambar dibawah

contoh semak ejaan "penambah baikkan"




atau boleh  semak ejaan, boleh link


LOGIN EMEL 1GOVUC

LOGIN EMEL 1GOVUC KAT SINI 

 EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC 
 EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC  EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC  EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC  EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC  EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC   EMEL 1GOVUC 

Thursday, March 23, 2017

Isu Pengajaran dan Pembelajaran

 Isu Pengajaran dan Pembelajaran


1.             Pengajaran berpusatkan guru bukan murid;

2.             Guru banyak bersyarah/berleter(?);

3.             ABM kurang digunakan, ada yang tidak sesuai;

4.             Pendekatan tidak pelbagai-banyak chalk&talk;

5.             Banyak memberi pengetahuan kurang pemudahcara

6.             Menggunakan kaedah kelas;

7.             Tidak mengambil kira kepelbagaian potensi murid;

8.             Pemulihan & pengayaan kurang dijalankan;

9.             stimulus-response-conditioning, prinsip-prinsip utama P&P jarang digunakan

10.          Penilaian impak tidak tepat/tiada pemulihan

11.          Soalan-soalan menguji dayaingatan sahaja;

12.          Murid kurang peluang mengeluarkan pendapat & bersoaljawab;

13.          Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan tambahan;


14.          Tidak banyak berfikir tentang sesuatu perkara;

Perkara-perkara yang yang perlu direnungkan oleh seseorang guru dan juga diambil perhatian oleh seorang penyelia:


1.Adakah program pencerapan mengembangkan pengajaran dan pembelajaran anda?

2.Apakah pencerapan boleh meningkatkan kesedaran anda tentang kelebihan dan kelemahan pengajran dan pembelajaran anda?

3.Adakah ianya meningkatkan kesedaran tentang penelitian anda dalam proses P&P?

4.Apakah pencerapan telah menyebabkan anda mencuba satu atau lebih teknik mengajar yang baru?

5.Apakah ianya meningkatkan gaya pengajaran dan masalah setiap pelajar?

6.Apakah pencerapan mendorong anda untuk melakukan perubahan gaya pengajaran anda?

7.Apakah sesi pencerapan dan perbincangan dengan penyelia membei manfaat kepada anda?

8.Apakah komen dan idea yang telah diberikan oleh penyelia?

9.Menurut pendapat anda, adakah program pencerapan di sekolah anda efektif?



PENYELIAAN SEKOLAH


PENGENALAN

Dunia pendidikan masa kini penuh dengan cabaran. Untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kelas guru hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Guru yang baik dan pengajaran yang baik adalah nadi dan tenaga penggerak sebuah sekolah berkesan. Oleh itu, satu daripada faktor kejayaan di bilik kelas ialah penyeliaan yang sistematik dan berkesan. Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah satu proses berterusan yang melibatkan pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan kriteria yang kukuh dan difahami. Walau bagaimanapun faktor penentu ukuran kejayaan sesuatu penyeliaan itu bergantung kepada keberkesanannya dan kedua-dua pihak iaitu guru serta penyelia dapat merasa suatu kepuasan dalam tugasan mereka di samping berjaya mengatasi segala masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan Klinikal pula adalah satu pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam penyeliaan yang sepatutnya dilakukan kini. Ia termasuk falsafah yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada staf yang melibatkan interaksi dan dialog.

SIAPAKAH PENYELIA?

Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.

Di peringkat sekolah, sesiapa sahaja yang terlibat dengan fungsi dan proses penyeliaan (pendidik di semua peringkat) boleh dianggap sebagai penyelia.

(Catatan: Di sekolah ‘title’ penyelia dan pentadbir biasanya sinonim. Tetapi, yang ditekankan di sini ialah sesiapa yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan)


OBJEKTIF PENYELIAAN

Menurut Good et.al. (1973), d i antara tujuan penyeliaan adalah untuk membina usaha-usaha berterusan dalam menyediakan program pendidikan yang berkualiti tingggi bagi pelajar.
Sergiovani & Starratt menyatakan bahawa, “the purpose of supervision is to help increase the opportunity and the capacity of schools to contribute more effectively to students academic success”.

Secara khususnya penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGERTIAN PENYELIAAN

Menurut Harris (1985) penyeliaan ialah apa-apa yang dibuat oleh kakitangan sekolah terhadap manusia dan benda yang terdapat di dalamnya bagi mengekal atau mengubah perjalanan untuk mempengaruhi secara langsung pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajarannya.

Wan Mohd. Zahid B. Wan Mohd Nordin (1987), menyaran bahawa, penyeliaan merupakan proses memerhati, membimbing dan memberi maklum balas kepada aktiviti professional oleh penyelia ke atas stafnya.

Glickman (1990) berpendapat bahawa penyeliaan ialah suatu fungsi yang menyatukan semua elemen pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai suatu pergerakan yang menyeluruh bagi mencapai matlamatnya.

MAKNA PENYELIAAN PENGAJARAN DAN BIDANG TUGASNYA

Menurut Glickman (1991) pula penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Glickman, Gordon & Ross-Gordon (2001), ciri-ciri sebuah sekolah yang berjaya adalah dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan komited kepada proses, fungsi dan tugas penyeliaan. Di sebalik setiap sekolah yang berjaya adalah program penyeliaan yang berjaya.




PANDANGAN-PANDANGAN MENGENAI KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL

Menurut Ibrahim (2001) penyeliaan adalah penting untuk memberi guru maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan peristiwa di adalam bilik kelas untuk mereka mempertingkatkan mutu pengajaran pada masa akan datang. Ianya melibatkan

i. Lawatan ke bilik kelas

ii. Menangani masalah spesifik dalam pelakasanaan Kurikulum Operasi

iii. Penyelia berkomunikasi sebagai rakan professional

iv. Guru (yang diselia) mengenal pasti masalah

v. Penyelia membantu menganalisis masalah

Serigiovanni & Starratt (2007) mengutarakan pendapat bahawa ‘clinical supervision refers to face-to-face interaction with teachers with the intent of improving instruction and increasing professional growth’.

PENYELIAAN KLINIKAL

GARIS PANDUAN UMUM KERJA RUMAH

PENYEDIAAN REKOD MENGAJAR

Friday, March 3, 2017

Pendaftaran Tahun 1 online 2018

Pendaftaran Tahun 1 online 2018
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Pendaftaran Tahun 1 online 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...