Showing posts with label kertas kerja. Show all posts
Showing posts with label kertas kerja. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

kertas kerja motivasi upsr

KAIS6A
SEKOLAH KEBANGSAAN 


KERTAS KERJA
MOTIVASI BERSAMA GURU BESAR 201Text Box: 1.0 PENGENALAN6



Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka jawatankuasa KAIS6A ingin mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.



Text Box: 2.0 OBJEKTIF 



2.1   Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.
2.2   Memberi semangat yang tinggi untuk memastikan murid berkeyakinan menjawab soalan UPSR.
Text Box: 3.0 MATLAMAT 


3.0  Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menduduki UPSR
Text Box: 4.0 SASARAN 


     4.1  Murid tahun  6 Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 24 seramai 23 orang.










Text Box: 5.0  JADUAL PROGRAM 


TARIKH /  MASA

7.45 – 8.30 PAGI

8.45 – 10.15 PAGI

TEMPAT

28 JULAI 2016



SOLAT HAJAT

MOTIVASI BERSAMA
GURU BESAR

SURAU /
KELAS TAHUN 6


BACAAN YASSIN



Text Box: 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 






BIL

PERKARA

ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)


1
PERALATAN
1.1   BAHAN FOTOSTAT


RM100

7

JUMLAH



RM110.00












Text Box: 7.0 Penutup 



Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan  yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.


Disediakan oleh :-

.......................................................



Disahkan oleh:-

.................................................





                                                                                                                                          

KERTAS KERJA ISRAK MIKRAJ 2016

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 2016

1.PENDAHULUAN 
Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

2.MATLAMAT
Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.

3.RASIONAL
Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan  Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

4.OBJEKTIF           
2.1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.            
2.2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan                          sejarah.            
2.3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.            
2.4. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).

5. SASARAN            
Semua murid-murid beragama Islam

6. JANGKA MASA/TEMPAT :            
Tarikh  : 9 mei 2016              
Hari      :Isnin
Masa    : 8.15 pagi -10.15 pagi            
Tempat : Dewan


7. KAEDAH/ METODOLOGI            
7.1. Ceramah.            
7.2. Kuiz Spontan 

8. TENTATIF PROGRAM            

8.00 pagi         Majlis dimulakan            
8.05                 Bacaan Doa             
8.10                 Bacaan Tilawah Al-Quran            
8.20                 Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
8.35                 Persembahan Murid          
8.45-9.30              Ceramah
9.30-10.00           Kuiz terbuka israk mikraj
10.00-10.15         Penyampaian hadiah
10.15-10.35         Rehat
10.35-                    PDP seperti biasa

9.PENGANJUR: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

10. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA            
Pengerusi                                 :  
Timbalan Pengerusi                : 
Naib Pengerusi 1                      :
Naib Pengerusi 2                      :
Setiausaha                                : 
Penceramah                             : 
Persiapan Dewan                      :
Bacaan Tilawah Al-Quran dan Doa          :   
Pengacara Majlis  /Persembahan Murid           : 
Kuiz Terbuka israk mikraj  : 
Siaraya                               : 
PAMPLET :  
HADIAH: :

Kawalan / Keselamatan Murid                     
   

12.SUMBER KEWANGAN:             
Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

13. PERBELANJAAN            
Hadiah
RM.50 X 40 HADIAH=RM20.00 (alat tulis)

14.PENUTUP
 Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyyah dan mudah-mudahan menambahkan ilmu, keimanan dan ketakwaan semua warga SK ................................................... InsyaAllah.






kertas kerja kelas kecemerlangan UPSR

TAJUK :  kertas kerja kelas kecemerlangan  UPSR



1.    PENDAHULUAN

            Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian murid-murid di kalangan pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam semua mata pelajaran  khususnya di dalam subjek teras.Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian  6A serta memaksimumkan prestasi kelulusan  dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6.
Di samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan. Peningkatan ini juga diharap dapat mencemerlangkan pencapaian UPSR Tahun 2016 ini nanti.
            Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan  aset penting ke arah mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi tinggi dan setanding dengan negara maju yang lain. Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh warga sekolah dengan dibantu oleh PIBG serta seluruh warga sekolah telah merancang program utama, sampingan dan sokongan untuk mencapai aspirasi semua pihak.



2.    RASIONAL

  • Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya usaha , pengetahuan , kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

  • Memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan secara langsung dan berterusan.

  • Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.



3.    MATLAMAT 

  • Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa kini.

4.    OBJEKTIF

  • Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti iaitu bilangan 6A                   sebanyak 20% dan mengekalkan lulus ABC 100%.
  • Menerapkan budaya / teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
  • Menambah baik proses P & P dengan menggunakan pelbagai kaedah.
  • Membolehkan pelbagai bahan dan alatan digunakan dengan maksimum untuk menghasilkan P & P yang berkesan.


5.    KUMPULAN SASARAN

·         Murid tahun 6 seramai 23 orang


6.    TEMPAT

·         Kelas tahun 6 Cemerlang


7.    JANGKA MASA

·         Mei Hingga Ogos ( 8.00 AM – 12.00 PM )













8.    TENAGA PENGAJAR KELAS BIMBINGAN SABTU



BIL.

NAMA GURU

SUBJEK


1.


MATEMATIK

2.


BAHASA MELAYU

3.


SAINS

4.



BAHASA INGGERIS






9.    KOS PERBELANJAAN




BIL

PERKARA

KOS


1.



2.


B

3.













JADUAL KELAS BIMBINGAN UPSR





BIL.


SUBJEK


BULAN


MINGGU


MASA

1.

BAHASA MELAYU
MEI

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM



2.

BAHASA MELAYU

JUN

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM


3.

BAHASA MELAYU

JULAI

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM


4.

BAHASA MELAYU

OGOS

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM



*Kelas boleh dijalankan pada hari sabtu atau ahad mengikut kesesuaian guru.

11.  PENUTUP

Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti kelas persediaan Tahun 6 ini akan mendapat beberapa celik akal atau wawasan yang dapat membantu mereka cemerlang dalam akademik. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik ketika kelas persediaan ini dijalankan. Selain itu para pelajar diharapkan menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah di sampaikan oleh setiap guru subjek ketika menjawab soalan UPSR nanti.






Disediakan oleh :-

.......................................................


Disahkan oleh:-

.................................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...