Sunday, February 21, 2016

Borang Pertukaran GPK

Borang Pertukaran GPK 

Borang Pertukaran Guru Penolong Kanan

link

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.my/2012/11/prosidur-pertukaran-guru-besar.html


 

Tuesday, January 26, 2016

LADAP Pengurusan Fail

Definisi


Fail Rasmi -
Dokumen rasmi kerajaan yang dikandung, disusun dengan teratur dan didaftarkan. Fail ini diberi tajuk spesifik sepertimana yang telah ditetapkan dalam Klasifikasi Fail.

Kertas Minit – Kertas atau format yang dilampirkan di sebelah kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat lampiran. Ia boleh digunakan sebagai indeks kepada lampiran yang terkandung di dalam fail. Kertas minit juga digunakan untuk memberi arahan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan.

 
Sampul Kecil - Kulit fail yang menepati format Am 435A – Pin. 1/82. Kulit fail yang digunakan sebagai fail sementara apabila fail asal tidak dapat dikesan atau apabila lebih daripada seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera ke atas fail yang sama.

PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL

Pembukaan fail meliputi aktiviti pembukaan fail baru, fail sementara, memasukkan kandungan, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan fail. Manakala penutupan fail pula meliputi aktiviti mengenalpasti fail-fail yang boleh ditutup, penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan.


Fail dibuka apabila:
i. Fail yang diperlukan belum ada;
ii. Fail asal ditutup dan bersambung pada kulit fail jilid baharu;
iii. Fail asal tidak dapat dikesan;
iv. Fail asal didapati rosak dan perlu digantikan dengan kulit baharu;
v. Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; dan
vi. Skima klasifikasi fail dirombak atau bertukar kepada sistem klasifikasi yang baharu.



Jenis Kulit Fail

Terdapat lima (5) jenis kulit fail yang digunakan oleh pejabat

awam. Jenis kulit fail tersebut adalah seperti berikut:


(i) a. TERBUKA :

Kulit fail berwarna putih (Am 435 - Pin. 1/80) gambar1;


b. SAMPUL KECIL :

Kulit fail berwarna kuning (Am 435A – Pin. 1/82)

gambar 2;


(ii) TERHAD :

Kulit fail berwarna putih (Am 435 – Pin. 1/80) dengan

cop TERHAD gambar 3;


(iii) SULIT:

Kulit fail berwarna hijau (Am 436) gambar 4;


(iv) RAHSIA :

Kulit fail berwarna merah jambu berpalang merah

(Am 437) gambar 5, dan


(v) RAHSIA BESAR :

Kulit fail berwarna kuning muda, berpalang merah

(Am 438) gambar 6.
 rujuk  sumber  MS10





Pembukaan Fail Baharu
Semakan teliti perlu dibuat sebelum sesebuah fail baharu dibuka bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut;
(i) Pewujudan dua fail dengan tajuk dan nombor rujukan fail yang sama;
(ii) Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi nombor rujukan fail yang berlainan; dan
(iii) Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi nombor rujukan fail yang sama.


Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 2.5 sm dari penjuru kiri dan atas.
Masukkan tali hijau dan kertas minit.
Daftarkan fail baharu dibuka ke dalam Daftar Fail.
(Bengkel 1.....)


MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL
Tajuk fail dan Nombor Rujukan Fail hendaklah dicatatkan pada kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna hitam atau biru seperti gambarajah di bawah.






MEMFAIL ATAU MENDAFTARKAN DOKUMEN KE DALAM FAIL:
Dokumen yang hendak difailkan perlu :
i. Cap tarikh terima surat/dokumen di ruang yang kosong;
ii. Daftar surat dalam buku daftar penerimaan surat;
iii. Ditebuk di penjuru atas sebelah kiri (sila rujuk contoh di bawah);
iv. Kandungkan dokumen di sebelah kanan fail menggunakan tali Hijau (green tag); dan
v. Catatkan nombor kandungan di penjuru atas sebelah kanan sebagai nombor kandungan fail.



Dokumen terawal diberi nombor kandungan. Dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor kandungan seturut dan dibulatkan.
• Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis dengan pen berdakwat merah, manakala
• Nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam.
(Bengkel 2.....)

PENYEDIAAN KERTAS MINIT:












































(Bengkel 3.....)

KAEDAH PENUTUPAN FAIL:
 Fail ditutup apabila :
3.1 Mencapai ketebalan 4sm ; atau
3.2 Kandungannya sudah mencapai 100 lampiran;
3.3 Fail yang tidak dirujuk dalam masa 5 tahun dan tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian; 3.4 Fail telah tamat tindakan dan tiada tindakan lanjut yang perlu diambil ke atas fail tersebut;
3.5 Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam;
3.6 Skima klasifikasi fail dirombak semula dan bertukar kepada sistem baharu; dan
3.7 Sesuatu pejabat awam ditamatkan fungsi dan tidak lagi beroperasi;



sumber

Thursday, January 21, 2016

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERCERITA ( BAHASA MELAYU) PERINGKAT SEKOLAH

Pengenalan
Acara ini ialah satu acara tetap yang berlangsung setiap tahun bagi
memilih wakil yang akan mewakili Sekolah ke Kejohanan  Daerah.

Objektif
Menambah ilmu  dan kemahiran murid-murid.
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi pertandingan .
Memupuk dan menanam semangat jati diri dalam diri murid
Meningkatkan tahap kebijaksanaan murid dalam berfikir
Memupuk sikap berdikari dan mewujudkan semangat bekerjasama,
toleransi dan kepemimpinan

Peganjur
Panitia Bahasa Melayu
Pusat Sumber
Persatuan Bahsa Melayu
Prasekolah

Pelaksanaan
Tarikh :
Hari  :
Tempat :

Kumpulan Sasar
Semua Murid SK....

Anggaran Kos Perbelanjaan
Hadiah Tahap 1 Dan 2
Tempat Pertama RM6X 2=RM12
Tempat Kedua    RM6 X 2=RM12
Tempat Ke Tiga   RM6X 2=RM12
Saguhati
RM6X 6=36
Pendidikan Khas-- bajet ikut peruntukan Pen Khas
Pra Sekolah—bajet ikut peruntukan Pra sekolah
Lain-lain =RM 50
JUMLAH BESAR :RM

Sumber Kewangan
Peruntukan Sekolah
Sumbangan PIBG

Kategori
Lelaki Tahap 1
Perempuan Tahap 1
Lelaki Tahap 2
Perempuan Tahap 2


Sumber Tenaga
Semua guru dan kakitangan sekolah
Ahli Jawatankuasa Pengelola
Penasihat : (Guru Besar)
Pengerusi : (PK KOKURIKULUM)
Setiausaha : (SU KOKURIKULUM)
AJK : (PK HEM)
          (PK PENTADBIRAN)
Jurulatih
Pra sekolah
Pendidikan Khas
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
         * Pohon sediakan.latih 2 peserta bagi setiap kelas

Hakim :
1.
2.
3.
*pohon sedikan borang pertandingan

Keselamatan :
Persiapan Tempat:
Hadiah :
Juru Acara
Fotografi dan Dokumentasi:

Jadual Aktiviti / Aturcara Program
07:30 pagi : Pendaftaran
08:00 pagi : Pertandingan dimulakan
10:00 pagi : Rehat
10:30 pagi : Pertandingan Bersambung
12:00 tgh : Penyampaian Hadiah
01:00 tgh :  Bersurai

Penilaian Program
Sepanjang program/aktiviti dijalankan
Melalui maklum balas yang diperolehi selepas program/aktiviti dijalankan

Penutup
Adalah diharapkan program yang rancang dapat  mencapai matlamat dan
mendapat kerjasam dari semua pihak.

Wednesday, January 6, 2016

Agenda mesyuarat kokurikulum

Agenda
1.ucapan Pengerusi
2.Pengesahan Minit
3.Perkara berbangkit
4.Pelantikan AJK 2016
5.Takwim  2016
6.Pengurusan Fail 2016
7.Buku Laporan aktiviti Kokurikulum
9.Hal-hal lain

Tuesday, December 22, 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
maklumat lanjut baca di

Thursday, December 17, 2015

SEMAKAN TAWARAN DAN E-RAYUAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016

SEMAKAN TAWARAN DAN E-RAYUAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016

Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2015 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon

MAKLUMAT LANJUT
SEMAKAN TAWARAN DAN E-RAYUAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016 ... KLIK PAUTAN DIBAWAH

Sunday, December 13, 2015

semakan status pemohonan br1m 2016

anda boleh membuat semakan status pemohonan br1m 2016 di pautan dibawah.
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

semakan keputusan kemasukan tingkatan empat SBP 2016

Semakan keputusan kemasukan tingkatan empat SBP 2016 boleh dibuat dipautan
https://sst4.moe.gov.my/semak.cfm .
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Permohonan SBP 2016 UNTUK LEPASAN PT3

Permohonan SBP 2016 UNTUK LEPASAN  PT3, 2016.(Permohonan Tingkatan 4 SBP 2016)
Tahniah kepada anda yng mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan PT3, 2016.
Anda boleh membuat Permohonan SBP 2016 untuk lepasan  PT3 di pautan dibawah
https://sst4.moe.gov.my/

Maklumat lanjut berkenaan Permohonan SBP 2016 UNTUK LEPASAN  PT3, 2016.(Permohonan Tingkatan 4 SBP 2016)  boleh didapat di pautan
https://sst4.moe.gov.my/

permohonan sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2016

Permohonan sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2016 utuk lepasan PT3.
Anda boleh membuat permohonan sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2016 di pautan
https://sptv.moe.gov.my/ .

Syarat Umum.
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2015
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

maklumat lanjut untuk permohonan sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2016
bagi lepasan PT sila rujuk laman web rasmi di https://sptv.moe.gov.my/ .

Thursday, October 22, 2015

muatturun ikeps 2015

ikeps 2015

i-KePS bermaksud Instrumen Bancian Kemudahan Prasarana dan Program Sukan Sekolah. i-KePS merupakan satu sistem aplikasi pangkalan data yang telah digubal oleh Ahli Panel Khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri dan guru sukan sekolah.

Muatturun ikeps 2015 kat sini pautan  

http://www.moe.gov.my/my/ikeps

makluamt ikeps 2015

Tuesday, September 1, 2015

contoh alasan pertukaran guru

contoh biasa alasan pertukaran guru
1.Mengikut pasangan..
2.Ingin menjaga ibubapa
3.Menyambung pelajaran
4.Telah terlalalu lama berkhidmat disekolah ini dan saya memerlukan suasana baru.

Luar biasa alasan pertukaran guru
1.Ancaman keselamamatan
2.Ganguan emosi
3.Rawatan Pakar.

Paling best..alasan pertukaran guru
Memberi peluang kepada rakan lain untuk berkhidmat disini...


Monday, August 24, 2015

contoh biodata tokoh murid

contoh biodata tokoh murid

TOKOH MURID PEREMPUAN
Tokoh murid perempuan pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan berdedikasi. Dibesarkan  dan dididik dalam sebuah keluarga yang  penuh kasih sayang.  Beliau dilahirkan pada ___________________ di Hospital Jengka. Merupakan anak kedua daripada  4 orang adik-beradik. Kedua ibu bapa beliau adalah warga pendidik yang sentiasa menabur bakti dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu. 
Tokoh murid perempuan ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau merupakan Penolong Ketua Pengawas bagi sesi  2013. Mempunyai  cita-cita yang murni iaitu sebagai doktor yang sedia membantu merawat insan-insan yang memerlukan. Beliau juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum dan  ko kurikulum. Dari segi kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat tempat pertama dalam kelas sejak dari tahun 4 sehingga tahun 6. Merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012, murid harapan 5A UPSR tahun 2013 serta mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) tahun 2012.
Dari segi Ko kurikulum pula, tokoh ,murid ini telah mewakili daerah ke peringkat negeri Pahang dalam pertandingan bercerita semasa pra sekolah. Beliau juga mendapat tempat ke tiga Pertandingan Bercerita Majlis Tadarus Al Quran peringkat ................................... Di samping itu, murid ini juga telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia bagi tahun 2012. Beliau juga telah menyertai Karnival Bersepadu sekolah rendah peringkat negeri Pahang. Selain itu, beliau juga telah menyertai pertandingan bercerita dalam Karnival Ko Akademik Bahasa Melayu peringkat daerah ........................... Juga menyertai Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Usaha Persekutuan Pengakap daerah .......................
Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Murid bagi kategori perempuan bagi tahun 2013. Murid yang dimaksudkan ialah adik ........................................................





TOKOH MURID LELAKI
Tokoh Murid lelaki pada tahun ini pula mempunyai sikap yang positif dan berketrampilan menarik. Beliau dilahirkan di Hospital Jengka pada _________________.  Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Beliau juga memasang impian untuk bergelar guru pada masa akan datang.  Walaupun ketiadaan bapanya yang telah pulang kerahmatullah,beliau tetap gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Berbekalkan semangat ibunya, tokoh murid ini tidak jemu untuk belajar dan mempamerkan sikap dedikasi dalam setiap tanggungjawab yang digalasnya. Beliau merupakan Ketua Pengawas bagi sesi 2013 dan menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin pada masa akan datang.
Tokoh murid ini juga menunjukkan potensi dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.  Dari segi kurikulum, beliau merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012 dan merupakan murid harapan 5A bagi UPSR pada tahun ini.
Dari bidang kokurikulum pula, beliau telah mewakili sekolah dalam kejohanan bola sepak peringkat zon. Juga mewakili sekolah dalam kejohanan bola baling diperingkat ....................................... Selain itu, beliau telah mewakili sekolah dalam Karnival 1 murid 1 sukan di ..............................  Tokoh murid ini juga merupakan Pengerusi bagi Kelab Doktor Muda bagi sekolah ini.
Ketokohan dan sikap rajin membantu sesiapa sahaja serta menghormati guru dan kawan-kawan merupakan faktor utama murid ini dipilih selaku Tokoh Murid Lelaki pada tahun ini. Tokoh Murid Lelaki yang dimaksudkan ialah adik ..................................................







TOKOH KO KURIKULUM PEREMPUAN.
-          Murid ini merupakan anak bongsu daripada ________ adik-beradik.
-          Mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang _______________.
-          Dilahirkan pada __________________________ di _______________.
-          Anak kecil  yang  dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-          Merupakan seorang pengawas sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-          Murid ini bergiat cergas dan aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-          Menyertai Kelab Doktor Muda dan sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-          Menyertai perkhemahan peringkat sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-          Sikap yang suka menolong dan sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-          Murid yang dimaksudkan ialah adik .............................................................................











TOKOH KO KURIKULUM LELAKI
-          Murid ini merupakan anak ______ daripada ________ adik-beradik.
-          Mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang _______________.
-          Dilahirkan pada __________________________ di _______________.
-          Anak kecil  yang  dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-          Merupakan seorang pengawas sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-          Murid ini bergiat cergas dan aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-          Menyertai Kelab Doktor Muda dan sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-          Menyertai perkhemahan peringkat sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-          Sikap yang suka menolong dan sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-          Murid yang dimaksudkan ialah adik .............................................................


Sunday, August 23, 2015

CONTOH SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI PENDIDIKAN

CONTOH TEKS SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI PENDIDIKAN SK LKTP
2013
TENTATIF
PERKARA
CATATAN
Aluan PENGERUSI
Pagi Yang Indah Penuh Ceria
Hari Berbahagia Penuh Bermakna
Kita Raikan
Majlis Hari anugerah kecemerlangan Sk LKTP 2013  

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt.

Yang dihormati, _______________________________________________
Yang Berusaha En.Ideris bin Zainol Guru Besar SK LKTP
Yang dikasihi __________________________________________________
                       ___________________________________________________
                       ___________________________________________________
                     ____________________________________________________
Guru penolong kanan Pentadbiran En.
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk LKTP .................., Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang kehari pendidikan SK ................... 24 2013.



Bacaan Doa
Hadirin yang dimuliakan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
Marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan  bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz_____________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin-amin ya rabbal aalaminn.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al-fadhil Ustaz_________________________________________________
Di atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi lily
Doa dibaca memohon rahmat
Moga maJlis sentiasa diberkati

Tangan diTadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmatnya
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga tercerna minda kelas pertama.


Pengenalan “ VLE FROG”

Seterusnya majlis pada pagi ini dimulakan dengan penerangan tentang VLE FROG yang akan disampaikan oleh En. ...................... Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada En ahmad farid bin yaakob dan en azharuddin bin mohd nazir kerana sudi memberi penerangan berkanaan VLE FROG. Semoga dengan penerangan itu tadi dapat memberi pendedahan  kepada ibu bapa n penjaga tentang system pendidikan hari ini..


Konvokesyen PRA Sekolah
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.

Acara seterusnya adalah majlis konvokesyen dan penyampaian hadiah bagi murid murid PRA sekolah

 Terlebih dahulu, majlis menjemput  ______________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Bagi murid pra Pra sekolah 6 tahun dipersilakan adik…

Terima kasih kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan  hadiah kepada murid murid.


Majlis dihentikan seketika bagi menyaksikan persembahan cilik dari murid murid pra sekolah SK …………………………. Dipersilakan.

Semoga hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi. Terima kasih diucapkan kepada murid murid pra sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, persembahan itu tadi dibawah pimpinan__________________________________________ dan ___________________________________________________.

Acara diteruskan lagi dengan majlis  konvokesyen dan penyampaian hadiah kepada murid pra sekolah 5 tahun

Terlebih dahulu, majlis menjemput yang _____________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Bagi murid Pra sekolah 5 tahun dipersilakan adik…

Terima kasih kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan  hadiah kepada murid murid.



REHAT
Untuk perhatian hadirin sekelian majlis akan dihentikan seketika.
Kepada semua murid sila beratur mengikut kelas kerana anda akan rehat sebentar lagi dan anda diminta masuk semula ke dewan pada jam 10.50 pagi. manakala kepada ibu bapa dan penjaga harap bersabar  kerana kudapan akan diedarkan  sebentar lagi di dewan ini. Sekian terima kasih.


Aluan Pengerusi
Kepada semua murid diminta mengambil tempat masing masing dan bertenang kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt.

Yang dihormati, _______________________________________________
Yang Berusaha ………………………….. Guru Besar SK ……………..
Yang dikasihi __________________________________________________
                       ___________________________________________________
                       ___________________________________________________
                     ____________________________________________________


Guru penolong kanan Pentadbiran En. ....................
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk ………………………., Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah sekalian.

 Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Hari ini menanam jagung
Dibawa ke Pahang bersama peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke majlis anugerah kecemerlangan SK .................. 2013

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis tambah seri.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana  sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada yang dihormati ________________________________________________
Kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa penjaga yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua dirahmati Allah.
  

Ucapan Guru Besar
Kini majlis mempersilakan yang berusaha En. ……………………guru besar SK ………………………. untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Ucapan terima kasih kepada En. ………………………….guru besar SK ………………………… atas ucapan itu tadi.



Ucapan perasmian
Majlis seterusnya mempersilakan yang dihormati____________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………… 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang dihormati ___________________________________________________________ diatas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.


Cenderahati perasmi
 Bagi melahirkan tanda terima kasih kami, dengan segala hormatnya dipersilakan _________________________________________________mengiringi _______________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada yang dihormati _______________________________________________ .

 Terima kasih kepada tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.


Penyampaian hadiah
Tahap 1
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian anugerah yang akan diberikan pada hari ini merangkumi aspek kedudukan tiga terbaik di dalam kelas, terbaik matapelajaran dan kehadiran penuh.

Majlis dengan ini mempersilakan _________________________________________________________  mengiringi _________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada murid murid tahap 1. Dipersilakan.
Bagi murid tahun 1 cemerlang dipersilakan adik….
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3

Terima kasih diucapkan kepada en_________________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.


Penyampaian hadiah tahap 2
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan  _____________________________________________ mengiringi  _____________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada murid murid. dipersilakan

Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Terima kasih diucapkan kepada en_________________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.


Persembahan
qasidah
Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan kumpulan qashidah sekolah kebangsaan ………………….. yang diketuai oleh adik ………………………….. dan adik …………………….. untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada kumpulan qasidah yang dianggotai oleh gabungan murid- murid SK ………………… .Semoga hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi dan untuk pengetahuan semua, kumpulan qasidah ini di bawah pimpinan ustazah …………………dan …………………………..


Penyampaian hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah.
Untuk menyempurnakan acara majlis mempersilakan _________________________________________________________ mengiringi ________________________________________________ unuk menyampaikan hadiah kepada murid kelas pendidikan khas, pemulihan khas, pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas  sekolah.
Bagi kelas pendidikan khas dipersilakan adik…

Pendidikan khas
Pemulihan khas
Pengawas pusat sumber sekolah
Pengawas sekolah

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid murid.


Persembahan
sajak
Seterusnya  Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak dari …………………………………………. dari kelas 5 cemerlang untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik ummi hanani diatas persembahan itu tadi.  Untuk pengetahuan hadirin sekelian persembahan itu tadi dibawah pimpinan Pn. …...



Penyampaian hadiah tabungan dan tokoh
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada tahun ini pihak sekolah telah berkolarborasi dengan bank …………………bagi memupuk minat murid untuk menabung. Untuk itu pada hari ini 5 penabung terbaik akan diberikan hadiah dan salah seorang dari mereka akan terpilih sebagai penabung paling aktif.

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan______________________________________________
Mengiringi _________________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid.

Penabung terbaik untuk tahun ini dipersilakan adik:
1.
2.
3.
4.
5.

Dipersilakan penabung paling aktif pada tahun ini ialah adik:______________________________________ tahniah d ucapkan

Majlis diteruskan lagi dengan penganugerahan tokoh kokurikulum murid sk ……………………. 2013

Tokoh murid harapan 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:

Tokoh murid Sk LKTP Jengka 24 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:

Terima kasih diucapkan kepada en.______________________________
Kerana sudi menyampaikan hadiah.


Pengumuman UPSR 2013
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakn en. …………………….. guru besar ……………. 24 dengan diiringi en. ……………………….. untuk menyampaikan tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013 dipersilakan.

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid yang telah Berjaya dan terima kasih diucapkan kpd tn. Guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

Persembahan melodian
Seterusnya kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan melodian dari 10 orang murid tahun 6 dengan membawa lagu yang bertajuk ………………………..

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan melodian sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekelian kumpulan ini dibawah pimpinan cikgu ..................................... Terima kasih diucapkan.


Penutup
Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak  majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ambpun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini

Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.wt  dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian terima kasih wabillahitaufik walhidayah

Assalamualaikum w.b.t






CONTOH KEPERLUAN ALATAN PERKHEMAHAN MURID

CONTOH KEPERLUAN ALATAN PERKHEMAHAN MURID

KEPERLUAN INDIVIDU
·       Baju T & Track bottom secukupnya
·       Kasut / selipar
·       Lampu picit
·       Pakaian solat
·       Alat tulis
·       Buku catatan
·       Ubat peribadi
·       Peralatan mandi dan kain basahan
·       Peralatan kemasan diri
·       Peralatan makan dan minum


KEPERLUAN TAMBAHAN
1.     KAYU API UNTUK KEGUNAAN MEMASAK( MENGIKUT KUMPULAN )
2.     PERALATAN MEMASAK (MENGIKUT KUMPULAN )
3.     TELUR AYAM (2 BIJI ) INDIVIDU
4.     IKAN SARDIN  MIKERAL (1 TIN ) INDIVIDU
5.     BAWANG BESAR DAN KECIL (2 BIJI ) INDIVIIIDU


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...