Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin akan mengadakan plan strategik yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah.
RASIONAL
Kemantapan disiplin murid memerlukan satu prancangan yang lebih sistematik. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF
Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dengan mengamalkan budaya kebersihan di dalam kehidupan mereka seharian yang dapat membentuk keperibadian mulia di kalangan murid selaras dengan syariat yang di anjurkan oleh agama.
PENGANJUR
Pelaporan SSDM dikemaskini setiap minggu ( Jumaat)
Pemeriksaan mengejut- (Januari /April/ Julai/Ogos)
Pelantikan pengawas (Januari)
Ceramah pemantapan disiplin (Mac)
Bulan Sifar Disiplin ( Mei)
Sepanjang program/aktiviti dijalankan
Melalui maklum balas yang diperolehi selepas program/aktiviti dijalankan
PENUTUP
Adalah diharapkan plan program yang rancang dapat mencapai matlamat dan mendapat kerjasama dari semua pihak.