CONTOH TEKS SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI PENDIDIKAN SK LKTP
2013
TENTATIF
|
PERKARA
|
CATATAN
|
Aluan PENGERUSI
|
Pagi Yang Indah Penuh Ceria
Hari Berbahagia Penuh Bermakna
Kita Raikan
Majlis Hari
anugerah kecemerlangan Sk LKTP 2013
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt.
Yang dihormati,
_______________________________________________
Yang Berusaha
En.Ideris bin Zainol Guru Besar SK LKTP
Yang dikasihi
__________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
____________________________________________________
Guru penolong kanan
Pentadbiran En.
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk LKTP ..................,
Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah
sekalian.
Selamat datang
kehari pendidikan SK ................... 24 2013.
|
|
Bacaan Doa
|
Hadirin yang dimuliakan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang
penuh bermakna ini,
Marilah bersama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz_____________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin-amin ya rabbal aalaminn.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada al-fadhil
Ustaz_________________________________________________
Di atas bacaan doa
itu tadi.
Bunga mawar
cantik tersemat
Dipetik gadis di
tepi lily
Doa dibaca
memohon rahmat
Moga maJlis
sentiasa diberkati
Tangan diTadah
penuh inayah
Majlis dibuka
penuh rahmatnya
Mohon keberkatan
serta hidayah
Moga tercerna
minda kelas pertama.
|
|
Pengenalan “ VLE FROG”
|
Seterusnya majlis pada pagi ini dimulakan dengan
penerangan tentang VLE FROG yang akan disampaikan oleh En. ......................
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada En ahmad farid bin
yaakob dan en azharuddin bin mohd nazir kerana sudi memberi penerangan
berkanaan VLE FROG. Semoga dengan penerangan itu tadi dapat memberi
pendedahan kepada ibu bapa n penjaga tentang system
pendidikan hari ini..
|
|
Konvokesyen PRA
Sekolah
|
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada
usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya
sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat
untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.
Acara seterusnya adalah majlis konvokesyen dan
penyampaian hadiah bagi murid murid PRA sekolah
Terlebih
dahulu, majlis menjemput ______________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________
untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Bagi murid pra Pra sekolah 6 tahun dipersilakan
adik…
Terima kasih
kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid murid.
Majlis dihentikan seketika bagi menyaksikan
persembahan cilik dari murid murid pra sekolah SK …………………………. Dipersilakan.
Semoga hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.
Terima kasih diucapkan kepada murid murid pra sekolah. Untuk pengetahuan
hadirin sekalian, persembahan itu tadi dibawah pimpinan__________________________________________
dan ___________________________________________________.
Acara diteruskan lagi dengan majlis konvokesyen dan penyampaian hadiah kepada
murid pra sekolah 5 tahun
Terlebih dahulu,
majlis menjemput yang _____________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________
untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Bagi murid Pra
sekolah 5 tahun dipersilakan adik…
Terima kasih
kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid murid.
|
|
REHAT
|
Untuk perhatian
hadirin sekelian majlis akan dihentikan seketika.
Kepada semua murid
sila beratur mengikut kelas kerana anda akan rehat sebentar lagi dan anda
diminta masuk semula ke dewan pada jam 10.50 pagi. manakala kepada ibu bapa
dan penjaga harap bersabar kerana
kudapan akan diedarkan sebentar lagi
di dewan ini. Sekian terima kasih.
|
|
Aluan Pengerusi
|
Kepada semua murid diminta mengambil tempat masing
masing dan bertenang kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt.
Yang dihormati,
_______________________________________________
Yang Berusaha ………………………….. Guru Besar SK ……………..
Yang dikasihi
__________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
____________________________________________________
Guru penolong kanan Pentadbiran
En. ....................
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk ……………………….,
Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah
sekalian.
Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau
Mutiara
Pemanis Kata
Selamat Datang
Awal Bismillah
Pembuka Bicara
Hari ini menanam
jagung
Dibawa ke Pahang
bersama peria
Hari ini kita
berkampung
Meraikan majlis
penuh ceria
Selamat datang ke
majlis anugerah kecemerlangan SK .................. 2013
Sarung ketupat
berisi inti
Dibawa budak
sambil berlari
Kehadiran semua
sangat dihargai
Moga majlis
tambah seri.
Terlebih dahulu kami
ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan
anak-anak kita dalam bidang pendidikan.
Ucapan selamat datang
dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada yang dihormati
________________________________________________
Kerana sudi
meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini
walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan
kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa penjaga yang
sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak
sekolah. Semoga usaha kita semua dirahmati Allah.
|
|
Ucapan Guru Besar
|
Kini majlis mempersilakan yang berusaha En. ……………………guru
besar SK ………………………. untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan..
Ucapan terima kasih kepada En. ………………………….guru besar
SK ………………………… atas ucapan itu tadi.
|
|
Ucapan perasmian
|
Majlis seterusnya mempersilakan yang
dihormati____________________________________________________ untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
KEBANGSAAN ………………………… 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada yang dihormati ___________________________________________________________
diatas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.
|
|
Cenderahati perasmi
|
Bagi
melahirkan tanda terima kasih kami, dengan segala hormatnya dipersilakan
_________________________________________________mengiringi
_______________________________________________ untuk menyampaikan
cenderahati kepada yang dihormati
_______________________________________________ .
Terima kasih
kepada tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.
|
|
Penyampaian hadiah
Tahap 1
|
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada
usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya
sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat
untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian anugerah yang
akan diberikan pada hari ini merangkumi aspek kedudukan tiga terbaik di dalam
kelas, terbaik matapelajaran dan kehadiran penuh.
Majlis dengan ini mempersilakan
_________________________________________________________ mengiringi
_________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada murid murid tahap 1. Dipersilakan.
Bagi murid tahun 1 cemerlang dipersilakan adik….
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Terima kasih diucapkan kepada
en_________________________________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah itu tadi.
|
|
Penyampaian hadiah
tahap 2
|
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan
mempersilakan _____________________________________________
mengiringi
_____________________________________________ untuk menyampaikan
hadiah kepada murid murid. dipersilakan
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Terima kasih diucapkan kepada en_________________________________________________________
kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.
|
|
Persembahan
qasidah
|
Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, majlis
mempersilakan kumpulan qashidah sekolah kebangsaan ………………….. yang diketuai
oleh adik ………………………….. dan adik …………………….. untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.
Terima kasih kepada kumpulan qasidah yang dianggotai
oleh gabungan murid- murid SK ………………… .Semoga hadirin terhibur dengan
persembahan itu tadi dan untuk pengetahuan semua, kumpulan qasidah ini di
bawah pimpinan ustazah …………………dan …………………………..
|
|
Penyampaian hadiah
|
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian
hadiah.
Untuk menyempurnakan acara majlis mempersilakan
_________________________________________________________ mengiringi
________________________________________________ unuk menyampaikan hadiah
kepada murid kelas pendidikan khas, pemulihan khas, pengawas pusat sumber
sekolah dan pengawas sekolah.
Bagi kelas
pendidikan khas dipersilakan adik…
Pendidikan khas
Pemulihan khas
Pengawas pusat
sumber sekolah
Pengawas sekolah
Terima kasih
diucapkan kepada _________________________________________________ kerana
sudi menyampaikan hadiah kepada murid murid.
|
|
Persembahan
sajak
|
Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi
sajak dari …………………………………………. dari kelas 5 cemerlang untuk membuat
persembahan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada adik ummi hanani diatas
persembahan itu tadi. Untuk pengetahuan
hadirin sekelian persembahan itu tadi dibawah pimpinan Pn. …...
|
|
Penyampaian hadiah
tabungan dan tokoh
|
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada tahun ini
pihak sekolah telah berkolarborasi dengan bank …………………bagi memupuk minat
murid untuk menabung. Untuk itu pada hari ini 5 penabung terbaik akan
diberikan hadiah dan salah seorang dari mereka akan terpilih sebagai penabung
paling aktif.
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan______________________________________________
Mengiringi
_________________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid.
Penabung terbaik untuk tahun ini dipersilakan adik:
1.
2.
3.
4.
5.
Dipersilakan penabung paling aktif pada tahun ini
ialah adik:______________________________________ tahniah d ucapkan
Majlis diteruskan lagi dengan penganugerahan tokoh
kokurikulum murid sk ……………………. 2013
Tokoh murid harapan 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:
Tokoh murid Sk LKTP Jengka 24 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:
Terima kasih diucapkan kepada
en.______________________________
Kerana sudi menyampaikan hadiah.
|
|
Pengumuman UPSR 2013
|
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakn en. ……………………..
guru besar ……………. 24 dengan diiringi en. ……………………….. untuk menyampaikan tanda
penghargaan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam
UPSR 2013 dipersilakan.
Tahniah di ucapkan kepada murid-murid yang telah
Berjaya dan terima kasih diucapkan kpd tn. Guru besar kerana sudi
menyampaikan hadiah itu tadi.
|
|
Persembahan melodian
|
Seterusnya kita akan dihiburkan lagi dengan
persembahan melodian dari 10 orang murid tahun 6 dengan membawa lagu yang
bertajuk ………………………..
Terima kasih
diucapkan kepada kumpulan melodian sekolah. Untuk pengetahuan hadirin
sekelian kumpulan ini dibawah pimpinan cikgu .....................................
Terima kasih diucapkan.
|
|
Penutup
|
Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ambpun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini
Majlis berakhir
penuh syafaat
Menjadi ingatan
sepanjang zaman
Amalan sepakat
membawa berkat
Hidup beramal
bertunjang iman
Kalau ada jarum yang
patah
Banyak kain tidak
berjahit
Kalau ada silap dan
salah
Jangan jadikan
kenangan pahit
Sesungguhnya yang
baik itu datangnya dari Allah s.wt dan
kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.
Sekian terima kasih
wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum
w.b.t
|