Sunday, August 23, 2015

CONTOH SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI PENDIDIKAN

CONTOH TEKS SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI PENDIDIKAN SK LKTP
2013
TENTATIF
PERKARA
CATATAN
Aluan PENGERUSI
Pagi Yang Indah Penuh Ceria
Hari Berbahagia Penuh Bermakna
Kita Raikan
Majlis Hari anugerah kecemerlangan Sk LKTP 2013  

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt.

Yang dihormati, _______________________________________________
Yang Berusaha En.Ideris bin Zainol Guru Besar SK LKTP
Yang dikasihi __________________________________________________
                       ___________________________________________________
                       ___________________________________________________
                     ____________________________________________________
Guru penolong kanan Pentadbiran En.
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk LKTP .................., Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang kehari pendidikan SK ................... 24 2013.



Bacaan Doa
Hadirin yang dimuliakan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
Marilah bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan  bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz_____________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin-amin ya rabbal aalaminn.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al-fadhil Ustaz_________________________________________________
Di atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi lily
Doa dibaca memohon rahmat
Moga maJlis sentiasa diberkati

Tangan diTadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmatnya
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga tercerna minda kelas pertama.


Pengenalan “ VLE FROG”

Seterusnya majlis pada pagi ini dimulakan dengan penerangan tentang VLE FROG yang akan disampaikan oleh En. ...................... Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada En ahmad farid bin yaakob dan en azharuddin bin mohd nazir kerana sudi memberi penerangan berkanaan VLE FROG. Semoga dengan penerangan itu tadi dapat memberi pendedahan  kepada ibu bapa n penjaga tentang system pendidikan hari ini..


Konvokesyen PRA Sekolah
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.

Acara seterusnya adalah majlis konvokesyen dan penyampaian hadiah bagi murid murid PRA sekolah

 Terlebih dahulu, majlis menjemput  ______________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Bagi murid pra Pra sekolah 6 tahun dipersilakan adik…

Terima kasih kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan  hadiah kepada murid murid.


Majlis dihentikan seketika bagi menyaksikan persembahan cilik dari murid murid pra sekolah SK …………………………. Dipersilakan.

Semoga hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi. Terima kasih diucapkan kepada murid murid pra sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, persembahan itu tadi dibawah pimpinan__________________________________________ dan ___________________________________________________.

Acara diteruskan lagi dengan majlis  konvokesyen dan penyampaian hadiah kepada murid pra sekolah 5 tahun

Terlebih dahulu, majlis menjemput yang _____________________________________________________
Mengiringi__________________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Bagi murid Pra sekolah 5 tahun dipersilakan adik…

Terima kasih kepada______________________________________ kerana sudi menyampaikan  hadiah kepada murid murid.



REHAT
Untuk perhatian hadirin sekelian majlis akan dihentikan seketika.
Kepada semua murid sila beratur mengikut kelas kerana anda akan rehat sebentar lagi dan anda diminta masuk semula ke dewan pada jam 10.50 pagi. manakala kepada ibu bapa dan penjaga harap bersabar  kerana kudapan akan diedarkan  sebentar lagi di dewan ini. Sekian terima kasih.


Aluan Pengerusi
Kepada semua murid diminta mengambil tempat masing masing dan bertenang kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt.

Yang dihormati, _______________________________________________
Yang Berusaha ………………………….. Guru Besar SK ……………..
Yang dikasihi __________________________________________________
                       ___________________________________________________
                       ___________________________________________________
                     ____________________________________________________


Guru penolong kanan Pentadbiran En. ....................
GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
Guru-Guru Sk ………………………., Murid-murid serta Ibubapa Penjaga yang
Dirahmati Allah sekalian.

 Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Hari ini menanam jagung
Dibawa ke Pahang bersama peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke majlis anugerah kecemerlangan SK .................. 2013

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis tambah seri.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana  sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada yang dihormati ________________________________________________
Kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa penjaga yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua dirahmati Allah.
  

Ucapan Guru Besar
Kini majlis mempersilakan yang berusaha En. ……………………guru besar SK ………………………. untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Ucapan terima kasih kepada En. ………………………….guru besar SK ………………………… atas ucapan itu tadi.



Ucapan perasmian
Majlis seterusnya mempersilakan yang dihormati____________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………… 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang dihormati ___________________________________________________________ diatas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.


Cenderahati perasmi
 Bagi melahirkan tanda terima kasih kami, dengan segala hormatnya dipersilakan _________________________________________________mengiringi _______________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada yang dihormati _______________________________________________ .

 Terima kasih kepada tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.


Penyampaian hadiah
Tahap 1
Hadirin yang dihormati
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid murid yang Berjaya sepatutunya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus Berjaya dalam mengejar ilmu dan cita cita.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian anugerah yang akan diberikan pada hari ini merangkumi aspek kedudukan tiga terbaik di dalam kelas, terbaik matapelajaran dan kehadiran penuh.

Majlis dengan ini mempersilakan _________________________________________________________  mengiringi _________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada murid murid tahap 1. Dipersilakan.
Bagi murid tahun 1 cemerlang dipersilakan adik….
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3

Terima kasih diucapkan kepada en_________________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.


Penyampaian hadiah tahap 2
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan  _____________________________________________ mengiringi  _____________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada murid murid. dipersilakan

Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Terima kasih diucapkan kepada en_________________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.


Persembahan
qasidah
Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan kumpulan qashidah sekolah kebangsaan ………………….. yang diketuai oleh adik ………………………….. dan adik …………………….. untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada kumpulan qasidah yang dianggotai oleh gabungan murid- murid SK ………………… .Semoga hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi dan untuk pengetahuan semua, kumpulan qasidah ini di bawah pimpinan ustazah …………………dan …………………………..


Penyampaian hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah.
Untuk menyempurnakan acara majlis mempersilakan _________________________________________________________ mengiringi ________________________________________________ unuk menyampaikan hadiah kepada murid kelas pendidikan khas, pemulihan khas, pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas  sekolah.
Bagi kelas pendidikan khas dipersilakan adik…

Pendidikan khas
Pemulihan khas
Pengawas pusat sumber sekolah
Pengawas sekolah

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid murid.


Persembahan
sajak
Seterusnya  Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak dari …………………………………………. dari kelas 5 cemerlang untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik ummi hanani diatas persembahan itu tadi.  Untuk pengetahuan hadirin sekelian persembahan itu tadi dibawah pimpinan Pn. …...



Penyampaian hadiah tabungan dan tokoh
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada tahun ini pihak sekolah telah berkolarborasi dengan bank …………………bagi memupuk minat murid untuk menabung. Untuk itu pada hari ini 5 penabung terbaik akan diberikan hadiah dan salah seorang dari mereka akan terpilih sebagai penabung paling aktif.

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan______________________________________________
Mengiringi _________________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid.

Penabung terbaik untuk tahun ini dipersilakan adik:
1.
2.
3.
4.
5.

Dipersilakan penabung paling aktif pada tahun ini ialah adik:______________________________________ tahniah d ucapkan

Majlis diteruskan lagi dengan penganugerahan tokoh kokurikulum murid sk ……………………. 2013

Tokoh murid harapan 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:

Tokoh murid Sk LKTP Jengka 24 2013 ialah
Lelaki:
Perempuan:

Terima kasih diucapkan kepada en.______________________________
Kerana sudi menyampaikan hadiah.


Pengumuman UPSR 2013
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakn en. …………………….. guru besar ……………. 24 dengan diiringi en. ……………………….. untuk menyampaikan tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013 dipersilakan.

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid yang telah Berjaya dan terima kasih diucapkan kpd tn. Guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

Persembahan melodian
Seterusnya kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan melodian dari 10 orang murid tahun 6 dengan membawa lagu yang bertajuk ………………………..

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan melodian sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekelian kumpulan ini dibawah pimpinan cikgu ..................................... Terima kasih diucapkan.


Penutup
Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak  majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ambpun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini

Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.wt  dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian terima kasih wabillahitaufik walhidayah

Assalamualaikum w.b.t






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...