Saturday, December 3, 2011

hijrah

Konteks hijrah
1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

3. Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)
http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/tidak-masuk-syurga-memutuskan.html

Ziarah menziarahi untuk menghubungkan silaturahim..
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".
Antara Adab berziarah.
Sewaktu berziarah kita mestilah mengawal pandangan.
Tidak menjadikan medan perjumpaan itu tempat mengumpat dan menabur fitnah
Orang yang berziarah juga tidak patut menyusahkan tuan rumah
Menghormati tuan rumah
Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan sebagainya.

4. Mengimarahkan masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid sebagai pusat ibadat dan ilmu.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18

5. Taat kepada perintah Allah.
Sesunguhnya nabi Muhamad s.a.w berhijrah kerana mendapat perintah dari Allah s.w.t
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [An Nisaa' (4): 100]

Taat kepada perintah Allah dan rasul adalah suatu yang penting.

Allah
Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]

.......................................................


20. (Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya. 
Taubah


Maksud Hijrah
Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Hijrah dari sudut bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain ataupun perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Dari sudut istilah pula, Hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

Daripada Abdullah B. Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

3 golongan penghijrah
Peristiwa Hijrah terlalu banyak memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya dalam usaha kita memperjuangkan Islam di muka bumi. Salah satu perkara menarik yang sangat penting dijadikan iktibar ialah wujudnya beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an. Golongan yang sentiasa ada sepanjang zaman

Golongan utama: iaitu mereka yang mula-mula berhijrah ke Madinah bilamana mendengar arahan dan perintah Rasulullah s.a.w. Mereka ini mendapat pujian dan sanjungan dari Allah bahkan Allah meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah.

Golongan yang diberi kemaafan kerana uzur, tidak berupaya untuk hijrah samada kerana tua, kanak-kanak, golongan kurang upaya atau kerana tidak mengetahui jalan-jalan menuju Madinah.

Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.
Pemuda dan Pemudi  islam
Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan golongan belia dalam sesuatu usaha. Apabila golongan muda menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana perancangan sekalipun akan dapat menjadi reality

Ali bin Abi Thalib
Adalah remaja yang masih belasan tahun, saudara sepupu Rasulullah saw.
Jadilah anda seperti Ali yang pemberani, tidak gentar dengan kepungan musuh-musuh Islam, karena hakekatnya perjuangan ini membutuhkan keberanian dan kesiapan menghadapi segala bentuk resiko.

Abdullah bin Abu Bakar
(anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.

Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.

Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.

Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.

Hijrah memperlihatkan kecintaan terhadap rasul melibihi segalanya.
Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.



Bantuan Allah sentisa ada dengan syarat bertawakal
Nabi Muhamad mendapat bantuan dari Allah.
Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut


Hijrah itu Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.
Hijrah juga melihat bagaimana penyatuan kaum muhajirin dan ansar. Walau pun mereka baru berkenalan selepas peristiwa hijrah, namun mereka sanggup korbankan apa yang ada pada diri mereka untuk kebaikan Islam dan penganutnya. Mereka bukan sahaja korbankan harta benda, wang ringit, masa dan tenaga tetapi ada yang berkorban isteri untuk membolehkan kaum muhajirin yang kehilangan isteri dalam peristiwa hijrah menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Hubungan Hijrah dan Masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid sebagai pusat ibadat dan ilmu.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18


Perjuangan islam bukan kerja main-main.
Antara pengajaran yang diambil dari peristiwa di atas ialah bahawa perjuangan menegakkan Islam itu bukan olok-olok atau kerja main-main. Sebaliknya perjuangan Islam perlu menghadapi rintangan.. Perjuangan ini memerlukan kepada kekuatan dan sifat tidak mudah putus asa.

Sebagai renungan terakhir...

3 perkara untuk dilakukan semasa menyambut tahun baru Hijrah:

1) Berjihad
- Kerana "tiada hijrah selepas pembukaan Kota Makkah melainkan dengan melakukan jihad dan niat"...begitulah sabda Junjungan SAW.
- Kena lakukan jihad walaupun perkara ini tidak kita sukai berpandu pada ayat di atas (al-Baqarah-216)
- Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa mati tidak berniat untuk melakukan jihad, matinya jahiliyyah"...

**Bersamalah kita renungi...adakah kita sudah berjihad dan berjuang???..paling2 kurang...kita kena tanam niat utk berjihad!!!kerana jihad fi sabilillah itu wajib..

2) Melakukan taubat Nasuha
- Muhasabah dan nilai diri ketika sambutan tahun baru Hijrah
- Mohon keampunan diatas setiap kesilapan...dan bertaubatlah atas setiap kesilapan tersbt...

3) Hijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang

Beberapa perkara yang wajar dilakukan semasa menyambut Tahun baru Hijrah
1.Mengingati kedatangan tahun baru tersebut..Ingati tentang perjuangan nabi s.a.w dalam menyebarkan agama islam. Sesunguhnya islam itu amat mahal harganya.

2.Muhasabah diri.. berharap esok iman kita lebih bertambah ...dan betaubat untuk dosa-dosa semalam
firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-18 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

"Orang yang pandai adalah orang yang memuhasabah dirinya dan beramal untuk waktu setelah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang jiwanya selalu tunduk kepada nafsunya dan mengharap pada Allah dengan pelbagai angan-angan"

Beberapa Peristiwa Penting Dlam Hijrah Nabi Muhammad saw

Rentetan Hijrah Nabi saw.

Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
Nabi tiba di Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...