Wednesday, May 29, 2013

contoh teks pengacara majlis sukan tahunan

1)      Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang berusaha …………………………, Guru Besar Sek. Keb. ……………..
Yang dihormati ……………………, Yang Dipertua PIBG ………………………….
………………………. , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
……………………….., Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid ………………………. yang disayangi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH  KEBANGSAAN  ………………………….

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi, kerana  atas limpah kurniaNYA  dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang  gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK………. kali ke  21.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi  kejohanan pada hari ini. 


2)      Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan  perarakan perbarisan dan lintas hormat rumah-rumah sukan sebentar lagi.

Pasang CD Marching

Rumah kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini.
Kuning melambangkan warna diraja.


Diikuti oleh  Rumah hijau.
Hijau melambangkan kedamaian dan  ketenangan antara ahli-ahlinya. 
Hijau mewarnai alam sekeliling kita.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru.
Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap.

Kontijen yang terakhir adalah Rumah Merah
Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.


3)      Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz ………………… untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

Bacaan doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.


4)      Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri …………….. dan Lagu sekolah.
Hadirin diminta berdiri


Pasang tape nyayian


5)       Seterusnya bacaan ikrar kejohanan  sukan tahunan kali ke …….., akan dibacakan oleh adik ………………………………………………………..


6)      Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, ………………….. untuk memberikan ucapan.  Dengan segala  hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. ……………………  di atas ucapan beliau itu tadi.

7)      Seterusnya majlis menjemput …………………, YDP PIBG Sk. .................... untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. ……………………...  Majlis dengan hormatnya dipersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………… di atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. ………………………..
8)      Perarakan Keluar Kontingen

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang  bertugas di padang untuk bersedia  kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.






9)      ACARA SUKAN

Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuan individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.

Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun


RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun  1, 2, 3, 4, 5, Para peserta diminta bersedia.

Acara sukaneka pertama adalah _____________________

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.


10)  Penutup

Dengan  berakhirnya acara  pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.

11)  Upacara Penyampaian hadiah

Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah

Majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………………………………….
Untuk mengiringi ………………………………………..………………………….
 untuk menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………. di atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah.


BAGI HADIAH IKUT ACARA.  RUJUK BUKU ATURCARA
Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK
bagi tahun ini.

Olahragawan SK……. tahun ini disandang oleh :………………………………………
Olahragawati SK….… tahun ini disandang oleh :………………………………………


Majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………..
Untuk mengiringi ……………………….. untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada ……………………. atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini.

12)  Penutup

Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan Sk……….. kali ke-……….
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri.
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua dan “Majulah Sukan .untuk  negara”



Sekian , terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...