Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi
pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.
Jadual 1. Tahap
kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina
Jantina | Bil. | Min | Sisihan Piawai | Nilai-t | Tahap Signifikan |
Lelaki | 549 | 4.264 | 0.581 | 0.801 | 0.423 |
Perempuan | 662 | 4.290 | 0.554 |
Laporan 1:
Berdasarkan
Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua
cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801
dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada
0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima.
Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua
cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.
Skor min tahap
kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih
kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti
peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.
Laporan 2:
Berdasarkan
Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti
peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi
pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi
pengetua perempuan (min=4.290).
Cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada
jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah
padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan
laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan
dalam penulisan laporan kajian.
sumber :http://cikguamirul.wordpress.com/2011/10/31/t-test-kuliah-gb6323-minggu-ke-7/
Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS
Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS