Showing posts with label Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS doewnload spss. Show all posts
Showing posts with label Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS doewnload spss. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS








Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina

Jantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap Signifikan
Lelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423
Perempuan 662 4.290 0.554


Laporan 1:
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.

Laporan 2:
Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).


Cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.
sumber :http://cikguamirul.wordpress.com/2011/10/31/t-test-kuliah-gb6323-minggu-ke-7/

 Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS   Cara buat ujian T Independent t-test - SPSS 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...