Monday, July 4, 2022

Kertas kerja Kursus Kepimpinan Muda 2022

Kertas kerja Kursus Kepimpinan Muda 2022



1. Nama Program :Kursus Kepimpinan Muda 2022



2. Pendahuluan
Merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para pemimpin murid dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin murid disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin. Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih berkesan lagi.

 


3. Tujuan Program
3.1 Menyediakan murid agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.
3.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada pemimpin murid sekolah tahun 2022.
3.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
3.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.
3.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi sesama insan.



4. Objektif
4.1 Memperkukuh kesediaan pemimpin murid untuk memimpin.
4.2 Pemimpin murid tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk digunakan sebagai pemimpin.
4.3 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.
4.4 Murid dapat memimpin dengan penuh keyakinan.
4.5 Murid sedar potensi yang ada dalam diri mereka untuk bergelar sebagai pemimpin.

 



5. Matlamat
Melahirkan golongan pemimpin murid yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.

6. Sasaran
Semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dan murid tahun 4, 5, 6 dan pendidikan khas( 77 orang )



7. Jangka masa 1 hari


8. Tarikh : 30 Jun 2022

9. Tempat :SK Pulau Tawar


10. Penilaian dan program susulan

10.1 Penilaian semasa program dijalankan oleh pengendali dan urus setia kursus.

10.2 Melalui borang-borang penilaian kursus.


11. Anggaran Perbelanjaan dan Sumber Kewangan


PERBELANJAAN

Makanan

RM 6 x 77 orang

 

  RM 462.00

Pen, Pen Marker, Fail, Buku Nota, Kertas Warna, Kertas Mahjung dan bahan cetakan

 

RM 100.00

Kertas Sijil

RM   50.00

Hadiah Kumpulan Terbaik

Hadiah Kumpulan Kedua

RM   50.00

RM   30.00

JUMLAH

RM 692.00

 



Sumber Kewangan

Unit Bimbingan dan Kauseling : RM 462.00

PIBG : RM 230.00

Jumlah : RM 692.00



12. Tentatif Program

TENTATIF PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN MUDA

SK PULAU TAWAR

TAHUN 2022

 

HARI KHAMIS (30 JUN 2022)

MASA

AKTIVITI

GURU BERTUGAS

Catatan Tugas

7.45 pagi

Pendaftaran

Taklimat Program

 

Puan Adawiah bt. Ahmad

-mengambil kehadiran murid.

-pembahagian kumpulan

 

8.00 pagi

Ceramah

 

Encik Zulfaker bin Mat Sood

AJK PA Sistem

 

-bahan ceramah

-menguruskan PA Sistem

 

9.00 pagi

 

Ice breaking

Puan Noor Fatnin bt. Md. Daud (k)

Encik Ahmad b. Yaakob

Semua fasilitator

-pemilihan ketua kumpulan

-sesi perkenalan dengan ahli kumpulan

-penjenamaan kumpulan berserta logo dan slogan.

-perbentangan

 

9.45 pagi

 

Kudapan

Puan Adawiah bt. Ahmad

Puan Farida bt. Saari

Puan Nor Suziyati bt. Abdul Talib

-menempah makanan

-mengurus makanan peserta

10.00 pagi

LDK 1

Puan Farida binti Saari (k)

Encik Rosli bin Mat Nawi

Semua fasilitator

-menyediakan bahan

-memberi taklimat aktiviti

-mengendali aktiviti

11.00 pagi

Makan

Puan Adawiah bt. Ahmad

Puan Farida bt. Saari

Puan Nor Suziyati bt. Abdul Talib

-menempah makanan

-mengurus makanan peserta

 

11.15 pagi

 

LDK 2

Encik Ahmad Fauzi b. Abd. Hamid (k)

Encik Roslee b. Mustaffa

Semua fasilitator

-menyediakan bahan

-memberi taklimat aktiviti

-mengendali aktiviti

 

12.15 tgh hari

 

 

Ucapan majlis perasmian penutup,

Majlis penyampaian hadiah

 Majlis Watikah Pelantikan

 

 

Semua fasilitator

Jurugambar

AJK Laporan

AJK Sijil

AJK Hadiah

 

-Penyampaian hadiah dan sijil

-watikah pelantikan pemimpin muda

 

1.15 tgh hari

BERSURAI

 

 13. Jawatankuasa Pengelola Dan Pelaksana Program

Rujuk Lampiran 1



14. Senarai Nama Pemimpin Muda 2022

Sila rujuk Lampiran 2



15. Penutup
Diharap Kursus Kepimpinan Muda 2022 ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya poleh semua pemimpin murid untuk dijadikan panduan semasa bertugas di sekolah seterusnya dapat menjadikan SK Pulau Tawar cemerlang daripada segi disiplin dan sahsiah.

 

Disediakan oleh:                                                         Disemak oleh:

 

 

………………………………….                               ………………………………….


Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling              GPK Hal Ehwal Murid

SK Pulau Tawar                                                          SK Pulau Tawar

 

  

Disahkan oleh:

 ……………………………….

Guru Besar

SK Pulau Tawar

 

 



Lampiran 1



JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA KURSUS KEPIMPINAN MUDA


JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Guru Besar

Timbalan Pengerusi PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1  PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2  PK Kokurikulum


JAWATANKUASA PELAKSANA

Urusetia dan Pendaftaran
Puan Adawiah binti Ahmad (k)
Puan Farida binti Saari

Disiplin
Encik Rosli bin Mat Nawi (k)
Encik Zulfaker bin Mat Sood


Puan Adawiah binti Ahmad




Makanan
Puan Nor Suziyati binti Abdul Talib (k)
Puan Adawiah binti Ahmad
Puan Farida binti Saari



Pengurusan LDK / Persediaan Watikah Pelantikan
Ice breaking
Puan Noor Fatnin bt. Md. Daud (k)
Encik Ahmad b. Yaakob




LDK 1
Puan Farida binti Saari (k)
Encik Rosli bin Mat Nawi

LDK 2
Encik Ahmad Fauzi b. Abd. Hamid (k)
Encik Roslee b. Mustaffa



Fasilitator
Encik Ahmad b. Yaakob
Puan Noor Fatnin bt. Md. Daud
Puan Farida binti Saari
Encik Rosli bin Mat Nawi
Encik Ahmad Fauzi b. Abd. Hamid
Encik Roslee b. Mustaffa
Encik Zulfaker bin Mat Sood




Hadiah
Puan Noor Fatnin binti Md. Daud (k)
Puan Noor Rafeah binti Mohd Noor



PA Sistem
Encik Ahmad Fauzi bin Abdul Hamid (k)
Encik Ahmad b. Yaakob



Jurugambar
Encik Roslee b. Mustaffa



Penceramah
Encik Zulfaker bin Mat Sood


Sijil / Pamflet / Dokumentasi
Puan Adawiah binti Ahmad


Lampiran 2

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS KEPIMPINAN MUDA 2022



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...