TATACARA PERBELANJAAN PERUNTUKAN TS25
Tatacara perbelanjaan adalah seperti berikut :
1. Semua pembelian atau perbelanjaan yang akan dilakukan menggunakan peruntukan ini mestilah untuk kegunaan aktiviti murid sahaja berdasarkan perancangan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) seperti berikut:
a) penyediaan bahan PdP berkaitan aktiviti melibatkan Pembelajaran
Abad Ke-21
b) penganjuran dan penyertaan seminar, bengkel,
kursus,wacana, dialog atau forum
untuk murid; dan
c) program perkongsian ilmu antara sekolah yang melibatkan murid
2. Perbelanjaan peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan bagi tujuan berikut:
a) latihan untuk guru;
b) perolehan harta modal dan
penyelenggaraan;
c) bayaran kepada penceramah program/aktiviti/projek; dan
d) program kokurikulum, sukan dan kesenian yang telah sedia
ada