Thursday, February 1, 2024

Ucapan Ringkas Guru Besar Sempena hari penyampaian Hadiah

 

Yang berusaha:

Salam Perpaduan


Terima kasih kerana dapat hadir ke program pada hari ini.

Ia bukti sokongan tuan-tuan dan puan2 kepada sk...

 

Tuan2 para hadirin sekelian.

Tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain.

Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

 

 

 

Tuan2 para hadirin sekelian.

Arus Pendidikan pada hari ini amat mencabar, kita mesti meyediakan anak kita dengan ilmu yang secukupnya duniawi dan ukrawi . Kita sekarang berada pada era IR4.0.

Aktiviti  dan Pendidikan bergantung pada internet.

 

Tuan2 para hadirin sekelian.

Matlamat sekolah kami jelas : membasmi buta huruf dan memberi peluang pendidikan kepada semua murid.

Kemenjadian murid

: Alahamdulillah semua murid yang kita akan hantar ke sekolah menengah kita menguasai 3M. Tiada isu murid Tahun 6 tidak boleh membaca.

: Alhamdulilah begitu juga dalam dibidang kokurikulum

 ada anak murid kita berjaya keperingat zon, daerah dan negeri

Semua ini berlaku berkat Kerjasama dan doa dari tuan-tuan dan puan2

 

Tuan2 para hadirin sekelian.

Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang di sekolah ini. Ia berharap dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus cemerlang lagi.

 

Kepada perasmi..

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan pihak tuan kepada skpt.

Teri kasih kerana memberikan sumbangan. Ia banyak membantu kami.

 

Kepada pelajar Berjaya : Saya ucapkan

Tahniah kepada yang Berjaya mendapat anugerah pada ini. Jadikan Anugerah ini sebagai pendorong untuk terus cemerlang.

Kepada yang tkurang berjaya mendapat anugerah : Jangan kecewa, Jadikan ini sebagai cabaran untuk terus bangkit cemerlang pada masa hadapan.

 

Kepada para ibubapa dan penjaga.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah amat menghargainya. Dan berharap Kerjasama yang baik berterusan dimasa hadapan.

 

Kepada pihak Pibg. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan dan kerjasa yang diberikan. PIBG banyak membantu dalam aspek kewangan. Denagn kewangan yang kukuh banyak aktiviti ang membawa kepada kemenjaduan dan kecerlangan murid dapat dirancang.

 

Tahniah dan Syabas juga kepada para guru AKP, kakitangan swasta dan AJK Program pada hari ini yang telah berkerja keras bagi menjayakan program pada hari ini.

 

Akhir kalam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

wabillahitaufik walhidayah……

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...