Monday, August 24, 2015

contoh biodata tokoh murid

contoh biodata tokoh murid

TOKOH MURID PEREMPUAN
Tokoh murid perempuan pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan berdedikasi. Dibesarkan  dan dididik dalam sebuah keluarga yang  penuh kasih sayang.  Beliau dilahirkan pada ___________________ di Hospital Jengka. Merupakan anak kedua daripada  4 orang adik-beradik. Kedua ibu bapa beliau adalah warga pendidik yang sentiasa menabur bakti dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu. 
Tokoh murid perempuan ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau merupakan Penolong Ketua Pengawas bagi sesi  2013. Mempunyai  cita-cita yang murni iaitu sebagai doktor yang sedia membantu merawat insan-insan yang memerlukan. Beliau juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum dan  ko kurikulum. Dari segi kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat tempat pertama dalam kelas sejak dari tahun 4 sehingga tahun 6. Merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012, murid harapan 5A UPSR tahun 2013 serta mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) tahun 2012.
Dari segi Ko kurikulum pula, tokoh ,murid ini telah mewakili daerah ke peringkat negeri Pahang dalam pertandingan bercerita semasa pra sekolah. Beliau juga mendapat tempat ke tiga Pertandingan Bercerita Majlis Tadarus Al Quran peringkat ................................... Di samping itu, murid ini juga telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia bagi tahun 2012. Beliau juga telah menyertai Karnival Bersepadu sekolah rendah peringkat negeri Pahang. Selain itu, beliau juga telah menyertai pertandingan bercerita dalam Karnival Ko Akademik Bahasa Melayu peringkat daerah ........................... Juga menyertai Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Usaha Persekutuan Pengakap daerah .......................
Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Murid bagi kategori perempuan bagi tahun 2013. Murid yang dimaksudkan ialah adik ........................................................





TOKOH MURID LELAKI
Tokoh Murid lelaki pada tahun ini pula mempunyai sikap yang positif dan berketrampilan menarik. Beliau dilahirkan di Hospital Jengka pada _________________.  Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Beliau juga memasang impian untuk bergelar guru pada masa akan datang.  Walaupun ketiadaan bapanya yang telah pulang kerahmatullah,beliau tetap gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Berbekalkan semangat ibunya, tokoh murid ini tidak jemu untuk belajar dan mempamerkan sikap dedikasi dalam setiap tanggungjawab yang digalasnya. Beliau merupakan Ketua Pengawas bagi sesi 2013 dan menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin pada masa akan datang.
Tokoh murid ini juga menunjukkan potensi dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.  Dari segi kurikulum, beliau merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012 dan merupakan murid harapan 5A bagi UPSR pada tahun ini.
Dari bidang kokurikulum pula, beliau telah mewakili sekolah dalam kejohanan bola sepak peringkat zon. Juga mewakili sekolah dalam kejohanan bola baling diperingkat ....................................... Selain itu, beliau telah mewakili sekolah dalam Karnival 1 murid 1 sukan di ..............................  Tokoh murid ini juga merupakan Pengerusi bagi Kelab Doktor Muda bagi sekolah ini.
Ketokohan dan sikap rajin membantu sesiapa sahaja serta menghormati guru dan kawan-kawan merupakan faktor utama murid ini dipilih selaku Tokoh Murid Lelaki pada tahun ini. Tokoh Murid Lelaki yang dimaksudkan ialah adik ..................................................







TOKOH KO KURIKULUM PEREMPUAN.
-          Murid ini merupakan anak bongsu daripada ________ adik-beradik.
-          Mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang _______________.
-          Dilahirkan pada __________________________ di _______________.
-          Anak kecil  yang  dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-          Merupakan seorang pengawas sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-          Murid ini bergiat cergas dan aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-          Menyertai Kelab Doktor Muda dan sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-          Menyertai perkhemahan peringkat sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-          Sikap yang suka menolong dan sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-          Murid yang dimaksudkan ialah adik .............................................................................











TOKOH KO KURIKULUM LELAKI
-          Murid ini merupakan anak ______ daripada ________ adik-beradik.
-          Mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang _______________.
-          Dilahirkan pada __________________________ di _______________.
-          Anak kecil  yang  dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-          Merupakan seorang pengawas sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-          Murid ini bergiat cergas dan aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-          Menyertai Kelab Doktor Muda dan sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-          Menyertai perkhemahan peringkat sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-          Sikap yang suka menolong dan sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-          Murid yang dimaksudkan ialah adik .............................................................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...