GST dan GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian
mereka tidak layak mendapat apa jua faedah atau kemudahan seperti yang diterima
oleh guru-guru tetap kecuali kemudahan-kemudahan seperti tersebut di perenggan
4 di bawah.
Walaupun GST dan GSTT adalah tidak bertaraf kakitangan Kerajaan, mereka adalah
sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM/KPTM
sebagai majikan mereka.
Elaun
dan Kemudahan
Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT
Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4
Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa.
Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di
dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah
negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap
yang setaraf dengannya seperti berikut:-
Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari
semenanjung ke Sabah
Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari
negeri tersebut
Elaun Hidup Sementara bagi mereka yan bertugas di Bintulu,
Sarawak.
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)