Wednesday, January 30, 2013

GURU SANDARAN

Taraf GST dan GSTT
GST dan GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian mereka tidak layak mendapat apa jua faedah atau kemudahan seperti yang diterima oleh guru-guru tetap kecuali kemudahan-kemudahan seperti tersebut di perenggan 4 di bawah.
Walaupun GST dan GSTT adalah tidak bertaraf kakitangan Kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM/KPTM sebagai majikan mereka.

Elaun dan Kemudahan
Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT
Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa.
Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap yang setaraf dengannya seperti berikut:-
Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari semenanjung ke Sabah
Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari negeri tersebut
Elaun Hidup Sementara bagi mereka yan bertugas di Bintulu, Sarawak.
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...