BAB
4
HASIL
TEMUAN DAN PERBINCANGAN
4.1       Pendahuluan
Bab ini akan
menjelaskan mengenai profil responden berkaitan dengan jantina, tingkatan  dan tempat tinggal.  Dapatan kajian ini akan menjelaskan mengenai
hasil pemerhatian, temubual dan soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji
terhadap 60 orang pelajar di sekolah ini. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan sejauhmana tahap
kecenderungan terhadap amalan –amalan sunat dan amalannya di kalangan pelajar
sekolah berkenaan. 
Bab ini juga
akan menjawab beberapa persoalan kajian yang membincangkan tentang perbezaan
tahap kecenderungan amalan –amalan sunat berdasarkan kepada tahap kefahaman ,
faktor-faktor yang mempengaruhi serta penghayatan pelajar terhadap jenis-jenis
amalan sunat. Pengkaji juga akan mengemukakan dapatan kajian berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh pelajar 
melalui soal selidik yang diedarkan . 
Pengkaji
juga akan mengemukakan dapatan kajian berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
pelajar melalui soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian tersebut dihuraikan
secara dua bentuk huraian :
i.                   
Dapatan Deskriktif
ii.                 
Dapatan Inferensi
4.2       Dapatan
Deskriptif
Dapatan
deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina, tahap umur dan
tempat tinggal. Di samping itu, bahagian ini juga turut melaporkan dapatan
kajian berdasarkan jawapan pelajar terhadap item-item soal selidik. Dapatan
kajian tersebut melibatkan kekerapan dan peratus yang akan dibentangkan dalam
bentuk jadual dan penerangan.
4.2.1  Latar belakang (profil responden kajian )
Seramai 60 orang
pelajar di sekolah ini telah dipilih secara rawak terdiri
daripada enam tingkatan dan pelbagai latar belakang pelajar.
Jadual
4.1 : Taburan Responden Mengikut Tingkatan
TINGKATAN 
 | 
  
BILANGAN PELAJAR 
 | 
  
PERATUS 
 | 
 
Menengah
  Atas (Tingkatan Enam ) 
 | 
  
10 
 | 
  
17% 
 | 
 
Menengah
  ( Tingkatan Tiga,Empat dan Lima) 
 | 
  
30 
 | 
  
50% 
 | 
 
Menengah
  Bawah (Tingkatan Satu dan Dua) 
 | 
  
20 
 | 
  
33% 
 | 
 
JUMLAH 
 | 
  
60 
 | 
  
100% 
 | 
 
Jadual 4.1
menunjukkan taburan responden mengikut tingkatan adalah terdiri daripada
peringkat Menengah Atas iaitu Tingkatan Enam, peringkat Menengah iaitu
Tingkatan Tiga, Empat dan Lima serta Menengah Bawah yang terdiri daripada
Tingkatan Satu dan Dua. 17% daripada responden adalah dari Menengah Atas, 50%
responden dari peringkat Menengah, manakala peringkat Menengah Bawah mewakili
33% daripada keseluruhan responden di sekolah ini..
Jadual
4.2 :Taburan Latar Belakang Responden
PROFIL
  PELAJAR 
 | 
  
BIL 
 | 
  
PERATUS 
 | 
 
Jantina                                 Lelaki 
                                           
  Perempuan 
                                           
  Jumlah 
 | 
  
30 
30 
60 
 | 
  
50% 
50% 
100% 
 | 
 
Tingkatan                            Menengah Atas 
                                           
  Menengah 
                                            Menengah Bawah 
                                           
  Jumlah 
 | 
  
10 
20 
30 
60 
 | 
  
17% 
33% 
50% 
100% 
 | 
 
Tempat
  Tinggal                  Pelajar Asrama 
                                           
  Pelajar Luar 
                                            
  Jumlah 
 | 
  
30 
30 
60 
 | 
  
50% 
50% 
100% 
 | 
 
Jadual 4.2
menunjukkan taburan responden mengikut jantina,tingkatan dan tempat tinggal.
Pelajar lelaki mewakili 50% daripada responden atau seramai 30 orang daripada
jumlah keseluruhan sampel. Manakala pelajar perempuan pula mewakili 50%
daripada responden atau seramai 30 orang.
4.2.2  Dapatan soalan kajian 1
Apakah tahap 
kefahaman pelajar terhadap 
amalan-amalan sunat?
Jadual  4.3 : Tahap Kefahaman Terhadap Amalan Sunat 
BIL 
 | 
  
KENYATAAN 
 | 
  
MIN 
 | 
 
B1 
 | 
  
Adakah
  anda mengetahui maksud  sunat. 
 | 
  
3.25 
 | 
 
B2 
 | 
  
Adakah
  anda mengetahui jenis-jenis amalan sunat. 
 | 
  
3.25 
 | 
 
B3 
 | 
  
Melakukan
  amalan –amalan sunat mendapat pahala disisi Allah S.W.T. 
 | 
  
3.82 
 | 
 
B4 
 | 
  
Melakukan
  amalan sunat memerlukan jihad yang Tinggi dalam diri serta  ikhlas kerana Allah semata-mata. 
 | 
  
3.17 
 | 
 
B5 
 | 
  
Antara
  amalan amalan sunat yang paling disukai. Oleh nabi ialah puasa  
 | 
  
2.98 
 | 
 
tiga
  hari dalam setiap bulan, solat  dhuha
  dan  solat witir sebelum tidur. 
 | 
  ||
B6 
 | 
  
Setiap
  amalan sunat hendaklah dilakukan secara 
  istiqamah 
 | 
  
3.28 
 | 
 
B7 
 | 
  
Melakukan
  amalan sunat dapat menjauhkan diri daripada  
 | 
  
3.57 
 | 
 
perbuatan
  yang sia-sia.   
 | 
  ||
B8 
 | 
  
Melakukan
  amalan sunat dapat menenangkan jiwa 
 | 
  
3.48 
 | 
 
Min
  keseluruhan tahap pengetahuan dan kefahaman amalan- amalan sunat                                                                                                  
   
 | 
  
3.35 
 | 
 |
Jadual 4.3 di
atas menunjukkan 8 item yang dikemukakan untuk melihat tahap pengetahuan dan
kefahaman amalan-amalan sunat.
4.2.3  Dapatan soalan kajian 2
Apakah faktor
–faktor yang mempengaruhi amalan –amalan sunat?
Jadual 4.4 :
Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Sunat 
BIL     KENYATAAN                                                                                              MIN
C1       Saya telah dididik oleh ibu bapa saya
sejak kecil lagi dalam mengamalkan   amalan-amalan sunat                                                                                       2.93
C2       Guru-guru saya sentiasa memberi
pendedahan dan maklumat tentang          
            amalan –amalan sunat di sekolah.                                                                   3.27
C3       Sekolah saya  menitikberatkan tentang amalan –amalan sunat           
            dan menjadi satu budaya di sekolah                                                               2.65
C4       Saya mencontohi rakan saya yang selalu
melakukan
            amalan
-amalan sunat.                                                                                     3.05
            Min keseluruhan faktor yang
mempengaruhi amalan–amalan sunat               2.98
4.2.4    Dapatan soalan kajian 3
Apakah tahap
penghayatan jenis –jenis amalan sunat?
Jadual 4.5 : Tahap
Penghayatan Jenis Amalan Sunat
BIL     
KENYATAAN                                                                     MIN
D1       Saya melakukan solat sunat Rawatib                                                  2.67
D2       Saya
melakukan solat sunat Dhuha                                                    2.30
D3       Saya
bangun malam untuk solat sunat Tahajjud.                                2.10
D4       Saya
melakukan solat Hajat  apabila berhajat
kepada sesuatu            3.33
D5       Saya
melakukan solat berjemaah di rumah dan di sekolah                 3.20
D6       Saya
melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis                                 2.72
D7       Saya
melakukan puasa sunat Syawal                                                  2.70
D8       Saya membaca doa ketika melakukan perbuatan harian                     2.85
D9       Saya
bersedekah kepada rakan-rakan saya yang susah
            dan
memerlukan                                                                                  3.03
D10     Saya
membaca al-Quran setiap hari terutamanya selepas
          
 solat .                                                                                                   3.28
            Min keseluruhan penghayatan jenis-jenis amalan sunat                      2.81     
4.3       Dapatan
Inferensi
Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian
ini ialah-t dan korelasi Pearson. Perbincangan dapatan inferensi dibuat
berdasarkan kepada hipotesis nul yang dinyatakan dalam persoalan kajian .
Manakala penjelasan mengenai penolakan dan penerimaan hipotesis dijelaskan
dalam bentuk jadual.
4.3.1    Dapatan
Kajian : Persoalan 4
 Apakah
tahap kefahaman tentang amalan-amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan
jantina dan tempat tinggal?
4.3.1.1             Hipotesis
Nul 1
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan mengenai tahap kefahaman amalan-amalan sunat di
kalangan pelajar mengikut jantina dan tempat tinggal 
Jadual
4.6 : Tahap Kefahaman Tentang Amalan-Amalan Sunat Di Kalangan Pelajar Berdasarkan
Jantina Dan Tempat Tinggal. 
Faktor 
 | 
  
Bil. 
 | 
  
Min 
 | 
  
Sisihan Piawai 
 | 
  
Nilai-t 
 | 
  
Tahap Signifikan 
 | 
 
Lelaki 
 | 
  
30 
 | 
  
3.30 
 | 
  
0.535 
 | 
  
0.675 
 | 
  
0.869 
 | 
 
Perempuan 
 | 
  
30 
 | 
  
3.20 
 | 
  
0.610 
 | 
  ||
Asrama 
 | 
  
30 
 | 
  
3.86 
 | 
  
0.351 
 | 
  
0.786 
 | 
  
0.435 
 | 
 
Luar Asrama 
 | 
  
30 
 | 
  
3.77 
 | 
  
0.497 
 | 
  
Signifikan pada aras =
0.05
4.3.2    Dapatan
kajian : Persoalan Kajian 5
Apakah
tahap penghayatan tentang jenis-jenis amalan sunat di kalangan pelajar
berdasarkan jantina dan tempat tinggal?
4.3.2.1             Hipotesis
Nul 2
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan
pelajar terhadap jenis-jenis amalan sunat berdasarkan jantina dan tempat
tinggal.
Jadual
4.7 : Tahap  Penghayatan Terhadap Jenis-Jenis Amalan Sunat Di
Kalangan Pelajar Berdasarkan Jantina Dan Tempat Tinggal
Faktor 
 | 
  
Bil. 
 | 
  
Min 
 | 
  
Sisihan Piawai 
 | 
  
Nilai-t 
 | 
  
Tahap Signifikan 
 | 
 
Lelaki 
 | 
  
30 
 | 
  
2.43 
 | 
  
0.971 
 | 
  
-2.599 
 | 
  
0.007 
 | 
 
Perempuan 
 | 
  
30 
 | 
  
3.00 
 | 
  
0.554 
 | 
  ||
Asrama 
 | 
  
30 
 | 
  
2.79 
 | 
  
1.114 
 | 
  
0.626 
 | 
  
0.534 
 | 
 
Luar Asrama 
 | 
  
30 
 | 
  
2.61 
 | 
  
1.116 
 | 
  
4.3.3    Dapatan Kajian: Persoalan 6
Adakah terdapat hubungan  yang signifikan antara tahap kefahaman
pelajar dengan  penghayatan pelajar
terhadap jenis – jenis amalan sunat
4.3.3.1             Hipotesis
Nul 3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan mengikut
tahap kefahaman pelajar dengan 
penghayatan  terhadap jenis –jenis
amalan sunat.
Jadual 4.8 : Korelasi Kefahaman Dan Penghayatan
Amalan-Amalan Sunat
Pembolehubah                         N                     Nilai
r                                      Signifikan
Kefahaman amalan
sunat        60                    0.243                                       0.01
Penghayatan
amalan               60
4.4        Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan
mengenai penganalisisan data kajian berdasarkan persoalan kajian yang perlu
dijawab. Dapatan kajian ini menunjukkan kefahaman terhadap amalan –amalan sunat
pada paras tinggi. Di samping itu juga, faktor-faktor yang mempengaruhi amalan
sunat responden ialah untuk melakukan amalan sunat ialah peranan yang telah
dimainkan oleh pihak guru. Hal ini kerana kegiatan pengajaran dan program
berkaitan dengan amalan sunat  sering
dilaksanakan oleh guru-guru serta memberi kesedaran dan pendedahan kepada
pelajar mengenai  ibadah sunat. Selain
daripada itu dapatan kajian juga menunjukkan tahap penghayatan pelajar terhadap
amalan sunat berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga dapat memberikan
kesedaran kepada guru-guru dan pihak sekolah dalam memotivasikan diri sendiri
untuk membangunkan golongan yang kurang mendapat pendedahan tentang amalan
sunat supaya pendedahan maklumat yang menyeluruh dapat disampaikan kepada semua
peringkat umur pelajar.