Wednesday, November 13, 2013

PROSEDUR PENGESAHAN MURID

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

1.0       PENGENALAN

1.1              Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010.

1.2              Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

2.0              TUJUAN

Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.


3.0              PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN

3.1              Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan dan semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah:
i.                    Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan  saringan IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan.
ii.                  Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. (Kes Khas dan Berkelompok)

iii.                Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan (kes Khas atau Berkelompok)

DOWNLOAD PROSEDUR PENGESAHAN MURID

INSTRUMEN MBK


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...