PROSEDUR PENGESAHAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS
1.0 PENGENALAN
1.1
Pelaksanaan Program Saringan
Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan
murid Tahun Satu (kohort 1) 2010.
1.2
Murid yang tidak menguasai
konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan
Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan
seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.
2.0
TUJUAN
Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid
berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.
3.0
PROSEDUR
PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN
3.1
Dalam melaksanakan
pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan dan semua pihak yang
terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah:
i.
Ibu bapa/penjaga perlu membawa
bersama keputusan saringan IPMBDM dan
ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan.
ii.
Ibu bapa/penjaga perlu
menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pegawai
perubatan. (Kes Khas dan Berkelompok)
iii.
Borang BPKh02 hendaklah
diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa
bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan (kes Khas atau Berkelompok)
INSTRUMEN MBK