Monday, February 2, 2015

CONTOH JUSTIFIKASI / ULASAN PENJELASAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN

JUSTIFIKASI / ULASAN PENJELASAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN
                        

NAMA PEGAWAI          :               
JAWATAN                         :               
N0.K/PENGENALAN   :             
MARKAH LNPT 2014                :               94.77%


  1. Berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dengan baik dan sempurnanya sebagaimana yang telah diamanahkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.Di samping itu pegawai ini juga mampu memimpin perjalanan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik melalui pencapaian peratus keputusan peperiksaan UPSR yang sentiasa meningkat setiap tahun selama tiga tahun berturut-turut (82.32%,90.90%,100% ) GPS: 1.79,1.71,1.51.
  2. Berkemampuan dan berpengetahuan dalam bidang tugas pentadbiran,kurikulum dan kokurikulum selaras dengan dasar,peraturan dan arahan pentadbiran berkaitan.
  3. Merupakan seorang yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatan dan memajukan kualiti diri dengan melanjutkan pelajaran dan memyertai kursus berkaitan.Di samping itu juga pegawai ini berkebolehan dalam urustadbir organisasi dengan berkesan dan berdisiplin yang tinggi melalui hubungan yang akrab dengan kakitangan atasan dan bawahan.
  4. Sentiasa berdampingan rapat dengan institusi luar dan badan-badan sukarela setempat dalam usaha merapatkan hubungan yang lebih akrab dan padu antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
  5. Pihak sekolah amat menghargai sumbangan tenaga dan buah fikiran pegawai ini dalam usaha memajukan pencapaian akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2014.Justeru itu adalah difikirkan pegawai ini layak diberi markah melebihi 90% 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...