Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata oleh itu, segenap lapisan rakyat di negara ini seharusnya mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di samping peningkatan kemahiran secara berterusan.
"Modal insan negara kita seharusnya menerima pendidikan holistik yang seimbang antara bidang akademik dan kemahiran teknikal. (1)
Sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini selain mampu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik
berkata, sistem itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang mahu mencapai status negara maju dengan
memantapkan sistem pendidikan negara.
“Saya cuba mewujudkan budaya pendidikan yang
bersandarkan kepada tiga elemen iaitu kegembiraan, kasih sayang dan
hormat-menghormati. Elemen itu penting dalam meningkatkan martabat ilmu
ke arah lebih tinggi. (2)