Wednesday, July 10, 2019

PANDUAN WAKTU BEKERJA & HURAIAN SENARAI TUGAS

PANDUAN WAKTU BEKERJA & HURAIAN SENARAI TUGAS

Penyelia Asrama & Pembantu Pengurusan Murid (Asrama)

Penyelia Asrama (PA) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Asrama merupakan Anggota Kumpulan Pelaksana yang terlibat dalam membantu pengurusan asrama dan murid asrama di sekolah. Sepertimana Pegawai Perkhidmatan Awam yang lain PA dan PPM Asrama turut tertakluk kepada Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang telah dilaksanakan di semua Agensi Kerajaan Persekutuan mulai 1 Jun 2007 seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007,

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017. Walau bagaimanapun, bidang tugas PA dan PPM Asrama turut merangkumi kerjakerja dan tugasan yang berada di luar

WBB terutama pada waktu hujung minggu atau sebelum / selepas waktu pejabat yang melibatkan penyediaan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), aktiviti di dapur dewan makan asrama dan kebajikan murid asrama pada hujung minggu dan cuti umum.

https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/2302-panduan-waktu-bekerja-pa-ppm-edisi-2018-6mei2019/file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...