Showing posts with label Amalan PSM Islam. Show all posts
Showing posts with label Amalan PSM Islam. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Prinsip islam dalam pengurusan sumber manusia islam

1.Amanah
Amanah adalah salah satu dari sejumlah besar sifat-sifat "Mahmudah" atau sifat yang terpuji, terpuji di sisi Allah SWT dan RasulNya dan terpuji di sisi manusia sejagat.

Sesuatu organisasi tidak boleh diuruskan jika tidak ada sifat amanah. Pengurusan dan pentadbiran tidak akan dapat dilaksanakan,malah boleh menyebabkan haru-biru dan kelemahan pengurusan. Contohnya, jika pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk mengutip pendapatan syarikat tidak beramanah, sudah tentu syarikat akan rugi dan objektif syarikat akan gagal.

Amanah adalah teras kecemerlangan, kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang mengabaikan sifat amanah adalah mereka yang menempah kegagalan, penderitaan dan kecelakaan bukan sahaja di dunia bahkan di Hari Pembalasan nanti.
 Amanah yang dikaitkan dengan pekerjaan, penjagaan masa dan sifat kepimpinan adalah berkait rapat dengan beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan (melakukan) kebenaran dan kesabaran.

2.Mengamalkan Syura

Syura boleh diertikan sebagai suatu proses yang melibatkan pertukaran fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah  s.w.t.
Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...