Showing posts with label apakah pilihan selepas upsr. Show all posts
Showing posts with label apakah pilihan selepas upsr. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Halatuju selepas upsr

Keputusan upsr baru sahaja diumumkan.  Kepada yang cemerlang tahniah diucapkan. kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa. perjalanan pendidikan adik-adik masih jauh..

Terdapat beberapa pilihan sekolah selepas upsr
1.MRSM
2.Sekolah Berasrama Penuh
3.Maktab Tentera
4.SMKA
5.Sekolah Rancangan Khas
6.Sekolah harian biasa..

Ini adalah sekolah yang diketahui umum untuk pelajar menyambung pelajaran.
namun terdapat sekolah lain lagi yang boleh pelajar menyambung pelajaran.
1.SABK- sekolah agama bantuan kerajaan
2.SAR-sekolah agama rakyat
3,SAN-Sekolah agama kerajaan negeri
4.Maahad Tahfiz

Walaupun sekolah agama bukanlah pilihan utama bagi sesetengah orang, namun kita mesti akui bahawa beberapa sekolah agama, terutamanya SAN, mampu melahirkan ramai pelajar yang cemerlang.
Saya tertarik dengan kisah seorang rakan , beliau menghantar semua anaknya ke sekolah agama walaupun keputusan UPSR anaknya 5A. Hasilnya kesemuan anaknya yang tamat sekolah menegah berjaya memasuki universiti.
Saya pernah bertanya kepada beliau kenapa tidak memasukkan anaknya kesekolah yang terpilih.
Jawapanya yang diberitahu mudah sahaja iaitu; pertama tidak mahu berebut dengan orang lain untuk ke tingkatan satu  asrama penuh dan kedua dia masih dan memang berkeyakinan bahawa pendidikan disekolah agama mampu melahirkan anak yang solehah..Dan kalau nak jadi doktor pun lepasan sekolah agama masih berpeluang kerana sekolah agama juga ada aliran sains. Tambahan pula kursus kedoktoran  juga ada ditawarkan di timur tengah.

Jadi banyak pilihan untuk pelajar memilih sekolah mana yang mereka idamkan. Terpulang kepada mereka untuk memilih yang terbaik.

Sesunguhnya pendidikan yang cemerlang itu bukan setakat memiliki banyak A, tetapi pendidikan yang cemerlang adalah berjaya melahirkan anak yang tahu menghormati ibubapa dan penuh dengan nilai keagaman yang sempurna, lebih hebat lagi apabila anak kita mampu untuk membaca doa dan boleh menjadi imam apabila sembahyang bersama...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...