Showing posts with label hadiah hari guru 2012. Show all posts
Showing posts with label hadiah hari guru 2012. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Berita Baik Hari Guru 2012

Kementerian komited untuk mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di
sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang
tahun 2015

Kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru
yang terbeban dengan pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran dan
keberkesanan organisasi sekolah.

KPM juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan
Pembantu Tadbir N17 sehingga  Jun 2012 untuk melihat impak penempatan
Pembantu Tadbir bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41, hanya 8 tahun diperlukan untuk  kenaikan ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk gred
DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala bagi  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8  tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke  DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Seramai 390 orang guru  telah dinaikkan ke gred DG54, manakala 676 orang ke gred DG52, 3,938 orang  ke gred DG48 dan 19,805 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah  pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 2,639 orang
dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32. Dianggarkan
seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831
orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh
perkhidmatan mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.


Proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan
Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...