Kementerian komited untuk mencapai sasaran 60 peratus guru
siswazah di
sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah
menengah menjelang
tahun 2015
Kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan
guru
yang terbeban dengan pelbagai tugas dalam memastikan
kelancaran dan
keberkesanan organisasi sekolah.
KPM juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan
Pembantu Tadbir N17 sehingga
Jun 2012 untuk melihat impak penempatan
Pembantu Tadbir bagi mengurangkan beban tugas perkeranian
guru.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41,
hanya 8 tahun diperlukan untuk kenaikan
ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk gred
DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala
bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8 tahun
diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke
DGA38.
Seramai 390 orang guru telah dinaikkan ke gred DG54, manakala 676
orang ke gred DG52, 3,938 orang ke gred
DG48 dan 19,805 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred
DGA38, manakala 2,639 orang
dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32.
Dianggarkan
seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
dan 15,831
orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi
syarat tempoh
perkhidmatan mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.
Proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan
Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh
Kementerian