Mengapa anda masuk universiti.
Dari kecil selalu dengar " belajar rajin-rajin nanti masuk menara gading"
Persolan sekarang nak masuk menara gading yang mana satu?... IPTS atau IPTA.
ok... masuk IPTA kena mohon guna UPU.. Hakikatnya ramai yang berjaya masuk IPTA tetapi tidak dapat kursus yang mereka minati atau mendapat dapat kursus yang kurang jelas pasaran kerjanya..
Okey.. sekarang muncul 2 persoalaan.. Antara kursus yang diminati dan kurang jelas atau tiada pasaran kerjanya..
Kursus yang diminati belum tentu mempunyai peluang kerja yang luas..dan kursus yang kurang jelas atau tiada pasaran kerja sudah tentu memberikan tamparan yang hebat untuk dilalui..
Jadi adalah lebih elok anda mencari kursus yang mempunyai peluang perkerjaan yang baik.
Itu pilihan yang ada kepada mereka yang berjaya mendapat tempat di IPTA..
Persepsi belajar di IPTS
Mahal... Ia hanya untuk mereka yang kaya... Kisah benar .. saya terkejut apabila anak seorang Tok siak masjid mampu belajar di sebuah IPTS terkemuka di Pahang..jadi apa pandangan anda..Adakah IPTS hanya untuk orang kaya...jawapan ada pada anda..
IPTS hanya untuk mereka yang gagal ke IPTS... pelajar yang gagal maknanya tidak layak biasiswa. Betul ke?..Cuba anda semak atau hubungi pihak IPTS mengenai pelajar yang belajar di IPTS terutamanya pelajar perubatan yang belajar di IPTS samada mereka ditaja dengan biasiswa atau belanja sendiri...
Belajar IPTS adalah Low Class.. Betul ke? Tahukah anda Universiti Harvard adalah universiti swasta di Cambridge, Massachusetts, AS dan anggota Ivy League. Universiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat adalah antara 10 universiti terbaik didunia.
Jadi pilihan ditangan anda.. jangan tersalah pilih.. kerana anda akan membuat satu pelaburan yang besar samada dari segi masa, tenaga dan wang untuk masa depan anda..