Showing posts with label program strategik program nilam. Show all posts
Showing posts with label program strategik program nilam. Show all posts

Friday, July 26, 2013

contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

‘‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998

Berikut contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

• Projek Pukal - Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

• Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut.

• Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.

• Bercerita - Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.

• Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.

Untuk kertas cadangan proram nilam anda boleh lihat di pautan ini 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...