Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke
arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) selaras dengan Dasar
Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) memberi perhatian yang utama
kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti
sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Kik kat sini untuk mendownload Buku Panduan 1 Murid 1 sukan