Wednesday, November 28, 2012

Resepi Mi goreng

Hari ini nak cerita sedikit cara orang bujang menyediakan mi goreng.

Bahan-bahan
Minyak masak..
Cili boh- satu sudu
Mi kuning- satu gengam ( 1 orang makan)
Ayam ( sedikit je.. bahagian isi sebesar guli je..)
Bawang Putih
Sayuran ( kailan/ 1 lada besar)
Gula, serbuk perasa, sos tiram, sos cili, sos tomato.

Proses..

Panaskan kuali..
Masukkan minyak 2 sudu teh..
Masukkan 1 sudu cili boh..
Masukkan sedikit ayam ..
Ketuk 1 ulas bawang putih..
Goreng sehingaan ayam dan cili boh nampak masak...

MasukkanMi kuning- satu gengam ( 1 orang makan)
Masukkan kailan dan lada besar ( potong)
Masukan sedikit gula, serbuk perasa, sos tiram, sos cili, sos tomato.
( lebih kurang satu sudu kecil).. agak-agak la bro...


Goreng  mi tersebut sehingga masak..kalau kering masukkan sedikit air..sikit je tau..
Angkat dan boleh dihidangkan..

Tips:
Jangan masukkan garam.. kerana sebenarnya mi telah masin


Sekian selamat mencuba...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...