Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
(PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program Pengajian
Jarak Jauh atau Program Pensiswazahan secara sepenuh masa akan dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat mulai 18 September 2012 di seluruh negara. Temu
duga ini dikhususkan kepada PPPLD yang telah mengemukakan permohonan untuk
dilantik sebagai PPPS Gred DG41 (permohonan sehingga 30 Jun 2012 ). Mereka yang terlibat boleh membuat
semakan atas talian di portal Suruhanjaya ini mulai 11 September 2012 .
sumber
http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=248:mutakhir-dan-pengumuman-v4&catid=66:pengumumanmutakhir