Sunday, April 18, 2010

10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH

1.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
APABILA KAMU MENDENGAR AZAN, MAKA SEGERALAH PERGI KE TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SOLATLAH SECARA BERJAMAAH WALAU APA CARA PUN

2.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
RUANGKAN MASAMU UNTUK MEMBACA AL-QURAN,BACALAH BUKU YANG MENGHIDUPKAN MINDA,PERGILAH KE MAJLIS-MAJLIS ILMU,AMALKAN ZIKIR MEMUJI ALLAH DAN JANGANLAH KAMU MEMBUANG MASAMU YANG SANGAT BERHARGA DENGAN MELAKUKAN PEKERJAAN YANG TIDAK BERFAEDAH

3.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
APABILA KAMU BERSELISIH TENTANG SESUATU PERKARA ELAKKAN BANYAK BERTENGKAR, SESUNGGUHNYA PERTENGKARAN ITU TIADA SEBARANG KEBAIKAN,RUJUKLAH KEPADA AL-QURAN DAN HADIS PUSAKA YANG DITINGGALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

4.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
BERUSAHALAH PERTINGKAT DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN, PELAJARILAH BANYAK BAHASA TERUTAMA BAHASA ARAB KERANA IA ADALAH BAHASA ILMU DAN BAHASA SYURGA

5.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
HINDARKAN DIRIMU DARIPADA BANYAK KETAWA SESUNGGUHNYA ORANG YANG BANYAK KETAWA ITU HATINYA MATI DAN JAUH DARIPADA RAHMAT ALLAH, HUBUNGKANLAH HATIMU SENTIASA DENGAN ALLAH NESCAYA KAMU AKAN SENTIASA TENANG DAN TENTERAM


6.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
ELAKKANLAH DIRIMU DARIPADA BANYAK BERGURAU SENDA KERANA IA AKAN MEMADAMKAN PERJUANGANMU BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH DALAM MEMBINA ISLAM SEBAGAI MATLAMAT HIDUPMU

7.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
BERHATI-HATILAH BILA KAMU MENGGUNAKAN LIDAHMU,HINDARKAN DIRI DARI MENGUMPAT,MENGHINA ATAU MENGANCAM ORANG LAIN,SESUNGGUHNYA PERBUATAN TERSEBUT MENJEMPUT KEMURKAAN ALLAH.

8.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
RENDAHKANLAH PANDANGAN DAN SUARAMU, TERUTAMA KEPADA IBU BAPA,GURU DAN ORANG YANG DIHORMATI, BANYAK BERCAKAP AKAN MENDATANGKAN BANYAK SILAP

9.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
DALAM URUSAN DUNIA PANDANGLAH KE BAWAH TETAPI DALAM URUSAN AKHIRAT PANDANGLAH KE ATAS, RAMAIKAN KENALANMU DAN HINDARILAH DIRI DARIPADA PERMUSUHAN

10.WAHAI ANAKKU YANG SOLEH
INGATLAH PESAN RASULULLAH KEPADA ZAID:
Ratakan wudukmu nescaya berkat hidupmu. Berikan salam kepada orang yang kamu temui daripada umatku nescaya bertambah kebajikanmu Berikan salam apabila kamu masuk masuk ke dalam rumah sendiri nescaya akan bertambah kebajikan rumahtanggamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...