Monday, August 4, 2014

contoh kertas kerja program berbuka puasa

NAMA PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN

TARIKH :
HARI :
MASA : 6.30 PETANG – 8.00 MALAM
TEMPAT :

                       

RASIONAL PROGRAM
Diriwayatkan Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda Apabila salah seorang diantara kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada maka berbukalah dengan air, karena sesungguhnya air itu dapat membersihkan,
H.R Abu Daud (2355) dan trimidzi (695)


MATLAMAT PROGRAM
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Program Ihya’ Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Ihya’ Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian.

OBJEKTIF PROGRAM
Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa.
Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa aktiviti yang
dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran sebagai panduan hidup mereka.



KUMPULAN TARGET
Program ini adalah terbuka kepada semua murid-murid Islam Sekolah …………..


PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama seluruh warga sekolah.


JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :
Guru Besar

Pen. Penasihat :
Semua GPK

Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan :
Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
Jawatankuasa Keselamatan :
Jawatankuasa Siaraya :
Jawatankuasa Dewan Solat :
Jawatankuasa Tempat Makan / Kantin :
Jawatankuasa Makanan :
Jawatankuasa Minuman :
Jawatankuasa Dokumentasi :

ATUR CARA  PROGRAM

Masa : 6.30 – 8.00 malam

Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat
Ketibaan Tetamu Undangan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan  Doa
Azan Maghrib (minum)
Solat Maghrib berjamaah
Jamuan makan
Bersurai



SUMBER KEWANGAN

Bil
Sumber Kewangan
Jumlah
1
Sumbangan Sekolah
    RM  
2
Sumbangan PIBG
    RM    
3
Sumbangan waris murid/kakitangan sekolah/ perseorangan
    RM    
JUMLAH BESAR
   RM  ................



ANGGARAN BAJET


Bil
Perkara
Seunit
Jumlah
1
 Jamuan Makan
RM  ..........  X   ....... org
RM   ...............
JUMLAH BESAR
RM  ..................


PENUTUP

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.

Disediakan oleh;                                Disahkan oleh;







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...