CARA TULIS RUJUKAN ORANG SUMBER
Orang Sumber
Nama, umur, alamat penuh..
Contoh ,
Ali bin Abu, 40 tahun, 15A, Lorong 3, Jalan Utama.....CARA TULIS RUJUKAN ORANG SUMBER,CARA TULIS RUJUKAN ORANG SUMBER,CARA TULIS RUJUKAN ORANG SUMBER
Wednesday, September 17, 2014
CARA TULIS KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN
CARA TULIS KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN
SAYA TELAH MENGGUNAKAN BEBERAPA KAEDAH KAJIAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG KAJIAN SAYA DI KAWASAN……………………….
DUA KAEDAH YANG DIGUNAKAN SEPERTI BERIKUT :
PERTAMA, KAEDAH PEMERHATIAN
PEMERHATIAN DI KAWASAN PERSEKITARAN KAJIAN TELAH DILAKUKAN BERTUJUAN UNUTK MENGNALPASTI ...........( TAJUK KAJIAN ……………………..
KEDUA, KAEDAH SOAL SELIDIK
BORANG SOAL SELIDIK TELAH DIEDARKAN KEPADA BEBERAPA ORANG PENDUDUK DI……………………….. BERTUJUAN UNTUK MENGENAL PASTI DAN MENDAPATKAN PANDANGAN MEREKA TERHADAP………………( TAJUK KAJIAN).......
KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN, KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN, KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN, KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,KAEDAH KAJIAN FOLIO TINGKATAN,
contoh surat kuasa
Kepada,
Yang berkenaan
SURAT KUASA
Nama :
No Kp:
Alamat :
No tel
Memberikan kuasa kepada
Nama :
No Kp:
Alamat :
No tel
Untuk urusan : Pengambilan/ penyerahan...............
Sekian.Terima kasih
Yang benar
........................................
( Nama )
Tarikh:
contoh sahaja.. terima kasih kerana membaca..:)
Friday, September 12, 2014
CONTOH PROGRAM PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
CONTOH PROGRAM PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 12-Sep-14
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan
Masa : 7.40-12.10
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan
Masa : 7.40-12.10
Atucara
7:40 pagi Bacaan Yassin Merdeka
8.10 pagi Perarakkan basikal merdeka
80.40 pagi Alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri
Ucapan Tuan Guru Besar
Persembahan murid
Sajak Merdeka Tahun 1
Sajak Merdeka Tahun 2
Sajak Merdeka Tahun 3
Sajak Merdeka Tahun 4
Sajak Merdeka Tahun 5
Sajak Merdeka Tahun 5
Persembahan Murid Pra
Laungan merdeka dan Kibaran jalur gemilang-(Ketua Murid )
10.10 pagi Rehat
10.40 pagi Penyampaian hadiah dan saguhati
11.10 pagi Nyanyian lagu kemerdekaan
11.30 pagi Persembahan PPT
12:10 t/hari Bersurai
Thursday, September 11, 2014
contoh sijil penyertaan kokurikulum
Sijil Penyertaan
Dengan ini disahkan bahawa
NAMA PELAJAR
(KP)
telah menyertai
LARIAN MERENTAS DESA 2014
pada
9 APRIL 2014
bertempat di
SK........................
Tarikh: Guru Besar
contoh sijil penghargaan
Sijil
Penghargaan
Adalah dengan ini diperakukan bahawa
NAMA PELAJAR
(KP)
telah memberikan sumbangan bakti sebagai
PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2014
Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah disumbangkan
Tarikh: Guru Besar:
Contoh sijil pencapaian pelajar
Sijil Pencapaian
Dengan ini disahkan bahawa
NAMA PELAJAR
(KP)
telah mendapat
JOHAN
KATEGORI ........................
sempena
KEJOHANAN ..........................
TARIKH : GURU BESAR
Wednesday, September 10, 2014
CONTOH SURAT JEMPUTAN SOLAT HAJAT
Kepada:
Ibu bapa / Penjaga
Murid Tahun 6
SK ..................................
Tuan,
JEMPUTAN MAJLIS
SOLAT HAJAT SEMPENA UPSR 2014
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa Unit Kecemerlangan dengan kerjasama Unit Kerohanian dan Bina Insan
mengadakan program Solat Hajat Sempena UPSR . Program tersebut akan
dijalankan seperti ketetepan berikut:
Tarikh : 4 SEPTEMBER 2014
Tempat :
Surau .............................
Masa : 7.00 pm hingga 10.00 pm
3. Sehubungan dengan itu ,
kami ingin menjemput tuan/puan untuk turut hadir ke majlis tersebut.
Segala
kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai.
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU
TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU 2014
Mencari
timba si anak dara,
Dibawah
sarang burung tempua,
Salam
sembah pembuka bicara,
Selamat
datang untuk semua.
Yg berusaha Guru Besar SK
GPK Pentadbiran Pn.
GPK Pentadbiran Pn
GPK Kokurikulum
Yg Dipertua PIBG SK
Naib Yg Dipertua PIBG En.
guru-guru ,kakitangan sekolah, para ibu bapa/penjaga
tahun 6 serta para pelajar yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum….
Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya kita dapat sama2 berkumpul pada pagi ini
bersempena dengan Majlis Restu Ilmu 2014.
Terbang merpati membawa berita,
Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,
Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ………………………………
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada al-fadhil
ustaz atas pimpinan doa itu tadi.
Emas tempawann
buatmu puteri,
Busana indah
buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan
diri,
Bersama madah
kata aluan.
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada
Yang dipertua PIBG En. ………………………………….. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada En………………………… atas ucapan itu tadi.
Seterusya adalah atur cara akad penyerahan dan
penerimaan ilmu. Untuk itu dijemput Ustaz ……………………………. selaku wakil guru tahun
6 dan Adik …………………………………….. untuk menyempurnakan akad penyerahan dan penerimaan
ilmu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz …………………………….
dan Adik ………………………………………… atas akad penyerahan dan penerimaan itu tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.
Atur cara berikutnya adalah ucapan Tn. Guru Besar SK………………………….
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj……………………………… untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. ………………….
atas ucapan itu tadi.
Seterusnya
penyampaian cenderahati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Pra
UPSR. Majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. …………………………………. mengiringi Tn. Guru Besar Tn.Hj. ………………………………………. untuk menyempurnakan majlis.
Pencapaian
5A dipersilakan
1.
………………………………..
2.
………………………………………
3.
………………………………………
Atur cara
berikutnya penyampaian cenderahati kepada semua calon UPSR 2014. Dipersilakan (
Rujuk Buku Program)
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj. …………………………. atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah itu tadi.
Seterusnya penyampaian cenderahati sumbangan daripada PIBG.
Untuk itu dijemput NYDP PIBG, ……………………….. mengiringi YDP PIBG …………………………………….. untuk
menyempurnakan atur cara. Dipersilakan
1. Guru Besar
2. Barisan Guru Penolong Kanan
3. Guru Tahun 6
4. Guru2 lain
Terima kasih diucapkan kepada En……………………………………….. atas
kesudian beliau menyampaikan cenderahati itu tadi.
Majlis kita pada
hari ini telah sampai ke kemuncaknya.
Pihak majlis merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara pada
hari ini berlangsung dengan jayanya.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap
harap dimaafi.
Kami menyusun jari
sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur
bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung. Saya
sudahi majlis kita dengan serangkap pantun..
Terbang rendah si
burung tempua,
Hinggap berdua di
dahan ara,
Hidangan di meja
sudah tersedia,
Jemputlah tuan
menjamu selera.
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU
Contoh teks ucapan wakil murid sempena hari guru
SAMBUTAN
HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Yang
Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,
Yang
berusaha, Tn Hj ...........................,Guru Besar SK ................
Yang Dihormati Guru penolong kanan.....................,
Guru penolong Kanan HEM, Pn ....................................,
Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, ................................
Barisan
para guru yang diraikan, warga kerja Sk .................................., dan
rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah,marilah
kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnianNya,dapatla kita bersama-sama pada hari ini, menyambut hari guru pada
tahun ini.
Tanggal
16 Mei setiap tahun merupakan hari guru.
Tema hari guru pada tahun ini adalah ‘................................................. Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan
guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang
berketrampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020
nanti.
Guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi,
Setiap insan di
dunia ini belajar daripada guru. Tanpa
guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan
malam. Guru adalah insan yang kita
hormati setelah ibu bapa kita.
Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa
yang kita pelajari berkat dan dirahmati
Ilahi.
Rakan-rakan
sekalian,
Marilah kita
menanam tekad dan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri
kita dan ibu bapa kita tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban
untuk masa,tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita
berjaya namun guru akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita tidak
berjaya dalam mata pelajaran.
Pada kesempatan
ini, saya mewakili pelajar sekolah ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru SK ............................. Semoga guru terus diberi kekuatan dan
ketabahan dalam mendidik kami.
Akhir kata, kami
memohon seribu kemaafan andai kata kami telah melakukan kesilapan sama ada kami
sedari atau tidak. Sayy mengakhiri
ucapan pada hari ini dengan dua rangkap pantun.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung
laman,
Kalungan budi junjungan
kasih,
Menjadi kenangan sepanjang
zaman.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbk
contoh surat makluman kelas tambahan
Ibu Bapa / Penjaga
Murid Tahun 6
SK ..................................................................
Tuan,
MAKLUMAN KELAS TAMBAHAN UPSR DALAM CUTI PERTENGAHAN
PENGGAL PERTAMA (MAC) 2014
Dengan
hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Unit Kecemerlangan
UPSR akan mengadakan Kelas Tambahan UPSR
bagi murid Tahun 6 dalam Cuti
Pertengahan Penggal Pertama (Mac) 2014 yang akan datang.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon
jasa baik tuan/puan agar dapat memastikan anak/anak jagaan tuan menghadiri kelas
berkenaan seperti mana pihak sekolah telah ditetapkan.
4. Bersama-sama ini disertakan lampiran jadual kelas tersebut.
5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak
tuan, amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR
SK .........................................................................
UNIT KECEMERLANGAN UPSR 2014
KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN
SAINS UPSR
1. 0 PENDAHULUAN
Program ini
adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains . Ia merupakan satu program tahunan
Panitia Sains. Program ini bertujuan
untuk menarik minat pelajar SK L.................................. terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program-program yang telah
dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar supaya mahir dalam kemahiran
menjawab soalan sains.
2.0 MATLAMAT
2.1 Menarik
minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan
melahirkan
pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2 Mengisi
waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3 Untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang
telah
ditetapkan.
2.4 Untuk
melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi,
inovatif
dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan
modal
insan yang berdaya saing tinggi.
3.0 OBJEKTIF
PROGRAM
3.1 Untuk
meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
3.2 Meningkatkan
motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains.
3.3 Untuk
melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4 Untuk
meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar
tahun 5 dan tahun 6 dan warga pendidik mata pelajaran Sains
5.0 TARIKH
PELAKSANAAN
Tarikh
: 1 Mac 2014
Hari
: Sabtu
Masa :
8.30-12.30 tengah hari
Tempat
: SK ....................................
6.0 JADUAL
PELAKSANAAN
PANITIA
SAINS ( Rujuk Lampiran )
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
PANITIA
SAINS ( Rujuk Lampiran )
ANGGARAN PERBELANJAAN
MakananPelajar
MakananPenceramahdan
Guru
BayaranPenceramah
Pelbagai
Pelbagai
Jumlah Besar RM:
JADUAL PELAKSANAAN
Langkah
|
Proses
Kerja
|
T/Jawab
|
Tempoh/
Bil. hari
|
Catatan
Status
|
1.
|
Mesyuarat
Jawatankuasa Panitia Sains
|
Guru
Besar
GPK
Guru
m/Pelajaran Sains
|
1
kali
|
Tindakan
kontingensi
|
Sekiranya
guru besar tiada PK akan mempengerusikan mesyuarat.
|
||||
2.
|
Taklimat
kepada semua murid dan guru-guru tentang perlaksanaan program ini.
|
Guru
Besar
GPK
Kurikulum
Guru
m/Pelajaran Sains
|
1
kali
|
Sekiranya
guru besar tiada PK akan memberi taklimat
|
3.
|
Menyenaraikan
bahan yang diperlukan penceramah.
|
Panitia
Sains
|
Bengkel
Teknik menjawan soalan sains UPSR.
|
|
4.
|
Pelaksanaan
program
1.
Murid-murid diterangkan tentang cara menjawab soalan mengikut tajuk.
2.
Murid diajar tentang kata kunci soalan.
3.
Penceramah memberikan beberapa soalan berbentuk soalan struktur untuk menguji
kemahiran proses sains murid.
4. Murid memberikan maksud setiap pemboleh
ubah,tujuan eksperimen,inferens,kesimpulan dan sebagainya yang berkaitan
dengan bantuan guru.
5.
Murid diberi latihan / soalan mirip peperiksaan sebenar dan dibenarkan
berbincang di dalam kumpulan. Kumpulan
yang dapat menjawab dengan baik akan diberi ganjaran.
6.
Murid diuji dengan soalan bahagian B
|
Guru
Besar
GPK
Kurikulum
Ketua
Panitia &
Semua
Guru Sains
Pelajar
Tahun 5 dan 6
|
Dalam
P&P
|
Guru
bertindak sebagai fasilitator
|
CONTOH SIJIL KHATAM QURAAN
LENCANA SEKOLAH
SK NAMA SEKOLAH ANDA
SIJIL KHATAM AL-QURAAN
Adalah disahkan bahawa
NAMA PELAJAR
KP/ SL PELAJAR
telah menamatkan 30 juzuk al-quraan
pada
..........................................................
dalam program j-QAF
2014
Pihak sekolah mengucapkan tahniah diatas kejayaan ini.
..................................................
Guru Besar
SK Nama Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)