SAMBUTAN
HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Yang
Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,
Yang
berusaha, Tn Hj ...........................,Guru Besar SK ................
Yang Dihormati Guru penolong kanan.....................,
Guru penolong Kanan HEM, Pn ....................................,
Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, ................................
Barisan
para guru yang diraikan, warga kerja Sk .................................., dan
rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah,marilah
kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnianNya,dapatla kita bersama-sama pada hari ini, menyambut hari guru pada
tahun ini.
Tanggal
16 Mei setiap tahun merupakan hari guru.
Tema hari guru pada tahun ini adalah ‘................................................. Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan
guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang
berketrampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020
nanti.
Guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi,
Setiap insan di
dunia ini belajar daripada guru. Tanpa
guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan
malam. Guru adalah insan yang kita
hormati setelah ibu bapa kita.
Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa
yang kita pelajari berkat dan dirahmati
Ilahi.
Rakan-rakan
sekalian,
Marilah kita
menanam tekad dan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri
kita dan ibu bapa kita tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban
untuk masa,tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita
berjaya namun guru akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita tidak
berjaya dalam mata pelajaran.
Pada kesempatan
ini, saya mewakili pelajar sekolah ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru SK ............................. Semoga guru terus diberi kekuatan dan
ketabahan dalam mendidik kami.
Akhir kata, kami
memohon seribu kemaafan andai kata kami telah melakukan kesilapan sama ada kami
sedari atau tidak. Sayy mengakhiri
ucapan pada hari ini dengan dua rangkap pantun.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung
laman,
Kalungan budi junjungan
kasih,
Menjadi kenangan sepanjang
zaman.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbk