Thursday, September 4, 2014

CONTOH SURAT MOHON TAJAAN SUMBANGAN SUKAN SEKOLAH

CONTOH SURAT MOHON TAJAAN SUMBANGAN SUKAN SEKOLAH 

YBhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa lnduk Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah ingin memaklumkan bahawa Sukan Tahunan SK ........................ akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 8 JULAI 2013 (isnin)
Masa : 8.00 hingga 1.00 tengah hari

3. Bagi menganjurkan kejohanan yang besar ini, pihak kami memerlukan sumbangan daripada pihak swasta dan badan-badan korporat. Oleh itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penganjur amat berbesar hati jika pihak Ybhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/ Puan dapat menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program tersebut.

4. Sumbangan cek/ tunai boleh dibuat atas nama : PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEK. KEB. .............................., melalui nombor akaun ....................................... (BANK ). Jumlah sumbangan adalah tidak terhad dan jumlah anggaran perbelanjaan sebagaimana lampiran berkembar.

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...