Wednesday, September 10, 2014

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU 2014

Mencari timba si anak dara,
Dibawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Yg berusaha Guru Besar SK
GPK Pentadbiran Pn.
GPK Pentadbiran Pn
GPK Kokurikulum
Yg Dipertua PIBG SK
Naib Yg Dipertua PIBG En.
guru-guru ,kakitangan sekolah, para ibu bapa/penjaga tahun 6 serta para pelajar yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum….

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya  kita dapat sama2 berkumpul pada pagi ini bersempena dengan Majlis Restu Ilmu 2014.

Terbang merpati membawa berita,
Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ……………………………… Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas pimpinan doa itu tadi.

Emas tempawann buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang dipertua PIBG En. ………………………………….. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En………………………… atas ucapan itu tadi.
Seterusya adalah atur cara akad penyerahan dan penerimaan ilmu. Untuk itu dijemput Ustaz ……………………………. selaku wakil guru tahun 6 dan Adik …………………………………….. untuk menyempurnakan akad penyerahan dan penerimaan ilmu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz ……………………………. dan Adik ………………………………………… atas akad penyerahan dan penerimaan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.

Atur cara berikutnya adalah ucapan Tn. Guru Besar SK…………………………. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj……………………………… untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. …………………. atas ucapan itu tadi.
Seterusnya penyampaian cenderahati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Pra UPSR. Majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. …………………………………. mengiringi Tn. Guru Besar Tn.Hj. ………………………………………. untuk menyempurnakan majlis.
Pencapaian 5A dipersilakan
1.    ………………………………..
2.    ………………………………………
3.    ………………………………………
Atur cara berikutnya penyampaian cenderahati kepada semua calon UPSR 2014. Dipersilakan ( Rujuk Buku Program)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj. …………………………. atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya penyampaian cenderahati sumbangan daripada PIBG. Untuk itu dijemput NYDP PIBG, ……………………….. mengiringi YDP PIBG …………………………………….. untuk menyempurnakan atur cara. Dipersilakan
1.    Guru Besar
2.    Barisan Guru Penolong Kanan
3.    Guru Tahun 6
4.    Guru2 lain
Terima kasih diucapkan kepada En……………………………………….. atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati itu tadi.
Majlis kita pada hari  ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara pada hari ini berlangsung  dengan jayanya.

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung. Saya sudahi majlis kita dengan serangkap pantun..

Terbang rendah si burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemputlah tuan menjamu selera.


CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...