Tuesday, April 15, 2014

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH PROGRAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

Pendahuluan

Program Solat Berjemaah ini adalah satu daripada aktiviti mingguan Panitia Pendidikan Islam dan Bina Insan.Program ini amat perlu bagi menanam dalam diri murid akan kepentingan solat secara berjemaah.Lebih–lebih lagi solat berjemaah dewasa ini sangat tidak diambil berat oleh umat islam. Justeru itu ,kami amat berharap agar program ini dapat merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.


Nama program
Program Solat Zohor Berjemaah



Anjuran
Panitia Pendidikan Islam dan Bina Insan, SK ..........................



Cara Pelaksanaan
a.Semua murid tahap dua berkumpul di surau sekolah selepas waktu terakhir.
b.Solat Zohor akan dipimpin oleh Imam yang bertugas.


Masa Pelaksanaan
Setiap hari selasa dan khamis, jam 1.45 petang.


Objektif
a.Melahirkan murid yang cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.

b.Melatih murid mendisiplinkan masa dengan baik.

c.Dapat memupukkan lagi kasih sayang antara guru,staf dan murid.


Sasaran
Semua guru,staf dan murid tahap dua.


Lampiran

RUJUK

JADUAL IMAM SOLAT ZOHOR PADA HARI SELASA DAN KHAMIS

TARIKH
IMAM
8/1

10/1

15/1

17/1

22/1

24/1

7/2

12/2





NOTA :
Jam 1.40 hingga 1.45 : Murid berkumpul di dalam surau.

Jam 1.45 : Solat Zuhur berjemaah.

REKOD GILIRAN BERTUGAS IMAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

BIL
TARIKH
IMAM YANG BERTUGAS
TANDATANGAN
CATATAN
































































































































































































Thursday, April 10, 2014

MANUSIA ADALAH ORGANISMA KOMPLEKS

MANUSIA ADALAH ORGANISMA KOMPLEKS



Manusia dianggap organisma yang kompleks kerana manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh organisma lain seperti berfikir, berbincang, menggunakan alat, membaca dan menulis.


Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel..Sel ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup, dan sering dipanggil blok binaan hidup. Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugas-tugas tertentu..Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel.


Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak.Ia memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar. Organisma multisel boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sekitarnya

Tubuh mempunyai pelbagai sel yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza..Setiap sel dalam tubuh manusia tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan multi fungsi. Jadi setiap organ dalam tubuh manusia peranan dan fungsi yang tersendiri



kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian

Kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian

Maksud Unit Piawai
Unit Piawai bermaksud unit yang biasa digunakan di dunia ini oleh semua pihak. Ini memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit Piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk kegunaan semua atau sedunia.

Jenis Unit Piawai
Dua jenis unit sistem yang digunakan adalah
a. SISTEM IMPERIAL – Sistem menggunakan unit seperti inci , kaki , ela , rantai , batu, auns dan paun.
b. SISTEM METRIK – Sistem menggunakan unit seperti meter ,kilometer ,gram ,kilogram dan saat .


Kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian


Melancarkan Komunikasi
Contoh komunikasi antara ahli – ahli Sains yang menggunakan unit ukuran yang sama dapat membantu urusan mereka dengan lebih cekap lagi.  


Memudahkan perbandingan terutamanya dalam jarak
Contoh mengunakan ukuran matrik untuk menentukan jarak pada papan tanda  di lebuh raya dan juga pada meter kenderaan.


Perdagangan dan perniagaan antarabangsa  boleh dilaksanakan dengan lancar
Contohnya saiz kasut mengikut piawai antarabangsa.


Kesimpulan
•Dapat kita lihatlah betapa pentingnya perkenalan unit piawai
• jika unit piawai tidak diperkenalkan , banyak aktiviti akan terpengaruh dan akan menyulitkan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


SEKOLAH MENENGAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...