Thursday, April 10, 2014

MANUSIA ADALAH ORGANISMA KOMPLEKS

MANUSIA ADALAH ORGANISMA KOMPLEKS



Manusia dianggap organisma yang kompleks kerana manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh organisma lain seperti berfikir, berbincang, menggunakan alat, membaca dan menulis.


Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel..Sel ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup, dan sering dipanggil blok binaan hidup. Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugas-tugas tertentu..Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel.


Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak.Ia memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar. Organisma multisel boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sekitarnya

Tubuh mempunyai pelbagai sel yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza..Setiap sel dalam tubuh manusia tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan multi fungsi. Jadi setiap organ dalam tubuh manusia peranan dan fungsi yang tersendiri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...