Tuesday, May 24, 2016

KERTAS KERJA ISRAK MIKRAJ 2016

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 2016

1.PENDAHULUAN 
Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

2.MATLAMAT
Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.

3.RASIONAL
Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan  Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

4.OBJEKTIF           
2.1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.            
2.2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan                          sejarah.            
2.3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.            
2.4. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).

5. SASARAN            
Semua murid-murid beragama Islam

6. JANGKA MASA/TEMPAT :            
Tarikh  : 9 mei 2016              
Hari      :Isnin
Masa    : 8.15 pagi -10.15 pagi            
Tempat : Dewan


7. KAEDAH/ METODOLOGI            
7.1. Ceramah.            
7.2. Kuiz Spontan 

8. TENTATIF PROGRAM            

8.00 pagi         Majlis dimulakan            
8.05                 Bacaan Doa             
8.10                 Bacaan Tilawah Al-Quran            
8.20                 Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
8.35                 Persembahan Murid          
8.45-9.30              Ceramah
9.30-10.00           Kuiz terbuka israk mikraj
10.00-10.15         Penyampaian hadiah
10.15-10.35         Rehat
10.35-                    PDP seperti biasa

9.PENGANJUR: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

10. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA            
Pengerusi                                 :  
Timbalan Pengerusi                : 
Naib Pengerusi 1                      :
Naib Pengerusi 2                      :
Setiausaha                                : 
Penceramah                             : 
Persiapan Dewan                      :
Bacaan Tilawah Al-Quran dan Doa          :   
Pengacara Majlis  /Persembahan Murid           : 
Kuiz Terbuka israk mikraj  : 
Siaraya                               : 
PAMPLET :  
HADIAH: :

Kawalan / Keselamatan Murid                     
   

12.SUMBER KEWANGAN:             
Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

13. PERBELANJAAN            
Hadiah
RM.50 X 40 HADIAH=RM20.00 (alat tulis)

14.PENUTUP
 Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyyah dan mudah-mudahan menambahkan ilmu, keimanan dan ketakwaan semua warga SK ................................................... InsyaAllah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...