Tuesday, May 24, 2016

kertas kerja kelas kecemerlangan UPSR

TAJUK :  kertas kerja kelas kecemerlangan  UPSR



1.    PENDAHULUAN

            Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian murid-murid di kalangan pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam semua mata pelajaran  khususnya di dalam subjek teras.Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian  6A serta memaksimumkan prestasi kelulusan  dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6.
Di samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan. Peningkatan ini juga diharap dapat mencemerlangkan pencapaian UPSR Tahun 2016 ini nanti.
            Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan  aset penting ke arah mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi tinggi dan setanding dengan negara maju yang lain. Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh warga sekolah dengan dibantu oleh PIBG serta seluruh warga sekolah telah merancang program utama, sampingan dan sokongan untuk mencapai aspirasi semua pihak.



2.    RASIONAL

  • Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya usaha , pengetahuan , kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

  • Memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan secara langsung dan berterusan.

  • Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.



3.    MATLAMAT 

  • Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa kini.

4.    OBJEKTIF

  • Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti iaitu bilangan 6A                   sebanyak 20% dan mengekalkan lulus ABC 100%.
  • Menerapkan budaya / teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
  • Menambah baik proses P & P dengan menggunakan pelbagai kaedah.
  • Membolehkan pelbagai bahan dan alatan digunakan dengan maksimum untuk menghasilkan P & P yang berkesan.


5.    KUMPULAN SASARAN

·         Murid tahun 6 seramai 23 orang


6.    TEMPAT

·         Kelas tahun 6 Cemerlang


7.    JANGKA MASA

·         Mei Hingga Ogos ( 8.00 AM – 12.00 PM )













8.    TENAGA PENGAJAR KELAS BIMBINGAN SABTU



BIL.

NAMA GURU

SUBJEK


1.


MATEMATIK

2.


BAHASA MELAYU

3.


SAINS

4.



BAHASA INGGERIS






9.    KOS PERBELANJAAN




BIL

PERKARA

KOS


1.



2.


B

3.













JADUAL KELAS BIMBINGAN UPSR





BIL.


SUBJEK


BULAN


MINGGU


MASA

1.

BAHASA MELAYU
MEI

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM



2.

BAHASA MELAYU

JUN

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM


3.

BAHASA MELAYU

JULAI

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM


4.

BAHASA MELAYU

OGOS

1

8.00 AM – 12.00 PM

BAHASA INGGERIS

2

8.00 AM – 12.00 PM

MATEMATIK

3

8.00 AM – 12.00 PM

SAINS

4

8.00 AM – 12.00 PM



*Kelas boleh dijalankan pada hari sabtu atau ahad mengikut kesesuaian guru.

11.  PENUTUP

Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti kelas persediaan Tahun 6 ini akan mendapat beberapa celik akal atau wawasan yang dapat membantu mereka cemerlang dalam akademik. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik ketika kelas persediaan ini dijalankan. Selain itu para pelajar diharapkan menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah di sampaikan oleh setiap guru subjek ketika menjawab soalan UPSR nanti.






Disediakan oleh :-

.......................................................


Disahkan oleh:-

.................................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...