Tuesday, May 24, 2016

kertas kerja mentor mente


KERTAS KERJA PROGRAM PELANCARAN MENTOR-MENTEE

KERTAS KERJA

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN .......................................


1.               Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.         Konsep

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.         Rasional

3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
      pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.

3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
      remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
      perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis
     dan menyeronokkan.

4.         Objektif

            Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

4.1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa             
            mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

          
5.         Pelaksanaan

            5.1       Program dilaksanakan kepada semua murid SK ...........................

5.2       Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti :

a)      Waktu perhimpunan rasmi

b)      Waktu ko-kurikulum

c)      Selepas waktu persekolahan

5.3       Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

5.4       Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:

a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid

b)      Peningkatan Disiplin Murid

c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan

d)      Perkembangan Kerjaya



6.        Strategi Pelaksanaan

6.1       Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.

6.2       Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

6.3       Perjumpaan diadakan di dalam kelas.

6.4       Pelantikan Mentor

a)      Semua guru dilantik menjadi mentor

b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)

c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee

6.5       Pengagihan Mentee

a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas

b)      Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor




6.6       Tugas Mentor

a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.

b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan

c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee

d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian

e)      Merekod kehadiran mentee

f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee



7.         Jawatankuasa Induk

Pengerusi                    :            (Guru Besar )

Timbalan Pengerusi    :           (GPK Hal Ehwal Murid)

 Naib Pengerusi 1         :           (GPK Tadbir &Kurikulum)

 Naib Pengerusi 2         :             (GPK Ko-Kurikulum)

Penyelaras                  :             (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha                   :            ( Guru Kelas Tahun 6 )


Jawatankuasa pelaksana   :



Banner pelancaran




AJK Sijil Lantikan




Bacaan Doa
EN  

Juruacara
PN




 

AJK Buku Program




 AJK Dokumentasi




AJK Disiplin/ Kawalan Murid




AJK PA Sistem / Siaraya
EN 

 
 

8.         Anggaran Perbelanjaan


                            

PERKARA

KUANTITI
JUMLAH (RM)
Banner Pelancaran
1 X RM 50.00
50.00
Reben
                               2 X RM 5.00
10.00
Fail Poket
. 36 X RM  0.50
18.00
Photostat Bahan
RM 22.00

22.00
Jumlah Keseluruhan

RM 100.00


         


9.         Aturcara Program

          

10.30 Pagi :

:  Semua guru dan murid berkumpul di Bilik Gerakan

:  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

:  Bacaan doa

:  Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

:  Gimik Pelancaran / Persembahan Murid

:  Majlis Watikah Pelantikan Mentor Dan Penyerahan Mentee

12.15 Tengah hari :  Majlis Bersurai



9.  Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.



Disediakan oleh :                                                             

………………………………………. ………                                      

(                                             )                          

Setiausaha Dana Kecemerlangan Pendidikan 



Disahkan oleh :

 ………………………………

Guru Besar




SENARAI NAMA MENTOR MENTEE



BIL .
MENTOR
MENTEE
1.


21.

     


KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,KERTAS KERJA MENTO MENTE,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...