Tuesday, August 8, 2017

Teks ucapan merdeka oleh Guru Besar 2017

Selamat Pagi, “Salam 1 Malaysia”, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan warga SK  .......
Yang Dihormati ………………………………………, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.
 Yang Dihormati ……………………………………………….., Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
 Yang Dihormati ………………………………………………., Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru  dan murid-murid yang dikasihi
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ..........  bagi tahun 2017. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.

Guru-guru dan murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2017 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-60. Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi setengah dekad, masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi muda yang kurang arif mengenai peranan dan erti sebenar kemerdekaan yang telah dikecapi ini.

Guru-guru dan murid sekalian,
Tema Hari Kemerdekaan 2017 Malaysia..Negaraku Sehati Sejiwa- Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Negaraku Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Guru-guru dan murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ..........bagi tahun 2017

Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ............ bagi tahun 2017.


Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...