Monday, October 2, 2017

Diploma pengurusan ladang UITM

Diploma pengurusan ladang ada ditawarkan di UITM, boleh rujuk laman web rasmi Uitm untuk melihat cawangan Uitm yang menawarkan Diploma pengurusan ladang UITM. Antaranya Uitm Cawangan jengka ada menawarkan Diploma pengurusan ladang UITM.


Syarat kemasukkan  Diploma pengurusan ladang UITM.
Syarat Am: Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Untuk mengetahui syarat masuk bagi lepasan SPM untuk kursus Diploma pengurusan ladang UITM. secara lebih lanjut sila baca di sini http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014 

Program Diploma Pengurusan Ladang ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang perladangan yang terlatih dan berkemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan. Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali praktikal di ladang. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan ladang yang lengkap dari pelbagai aspek seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman, entomologi, keusahawanan, perakaunan, landskap, tanaman industri seperti sawit dan getah, tanaman sayuran dan sebagainya. Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan.

Kerjaya  Lulusan Diploma Pengurusan Ladang
Berkerja disektor pertanian dan perladangan di sektor swasta dan kerajaan.

Semak jawatan kosong Lulusan Diploma Pengurusan Ladang kat sini 

Baca sembang-sembang kerjaya Lepasan Diploma Pengurusan Ladang Kat sini 

Nak tahu tentang kisah kerja pengurusan ladang klik sini

Tq...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...