Thursday, December 21, 2017

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) ** Untuk sekolah SKM di kampung

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) ** Untuk sekolah SKM di kampung

ANJURAN BERSAMA : UNIT HAL EHWAL MURID UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negera (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara sebelumya. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai budaya, sikap, amalan saling menghormati dan menghargai serta menyayangi sesama insan. Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata – mata. Guru boleh mempelabagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti – aktiviti di luar kelas yang boleh mendorong murid merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari.


2.0 Rasional Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:


2.1  Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesame insan: dan

2.2 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan warga emas

3.2 Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar.
3.4 Mengembirakan golongan warga emas dengan aktiviti yang menceriakan.


4.0 SASARAN

4.1  12 Orang pelajar Tahun 6



5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 12 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga. Seramai 3 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.



6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh :

Masa :

Tempat :



 7.0 AJK PROGRAM WARGA EMAS

Penasihat :

Naib Pengerusi :

Setiausaha : (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Bendahari :

Penyelaras :

AJK :


8.0 TENATIF PROGRAM

4.00 pm : Berkumpul di sekolah

4.15 pm : Bertolak ke Lokasi

4.30 pm : Tiba di Lokasi ( Rumah En................ warga emas kg.......)

4.45 pm : Meziarahi dan beramah mesra dengan warga emas

5.00 pm : Minum petang dan penyampaian cenderamata kepada warga emas

5.30 pm : Bertolak balik ke sekolah



9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan : Perbelanjaan :

Makanan( Air dan kuih dibungkus) RM 2 X 20 = RM 40.00

Cenderahati wargaemas = RM 20.00

Jumlah : RM60



10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program yang rancang dapat mencapai matlamat dan mendapat kerjasam dari semua pihak


**......program ini  ringkas, memberi keseronokan, memberikan impak yang baik kpd murid dan kos rendah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...