Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
DESKRIPSI TUGAS : Pegawai Penilaia n Gred W41
a.Menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan penilaian
pelbagai harta tanah dengan
tujuan untuk memastikan
penilaian diselesaikan dengan
cepat dan tepat.
b.Mengambil
perbandingan, membuat lawatan
dan pemeriksaan harta tanah,
menyemak butir-butir hak
milik dan perancangan,
menyelidik maklumat dan menganalisis data,
menyediakan pelan-pelan bangunan, lokasi,
perbandingan dan aktiviti
lain yang perlu, menyediakan laporan
nilaian yang berkualiti
dan melaporkan dalam had kuasa melapor yang diberi.
c.Menyemak dan meluluskan
kerja-kerja penilaian yang
perlu atau sepertimana yang telah
diarahkan.
d.Meneliti
bantahan atau rayuan
dan menyemak semula
nilaian terdahulu.
e.Menjalankan
kajian, kerja-kerja penyelidikan
dan mengemas kini maklumat secara berterusan.
f.Mengurus dan menghadiri perundingan serta perbicaraan
Mahkamah Tinggi atau Tribunal.
g.Menjalankan tugas sebagai assessor dalam kes rayuan
pengambilan tanah di mahkamah
serta menghadiri mahkamah
sebagai saksi pakar.
h.Menyediakan laporan -laporan bagi penerbitan jabatan.