Showing posts with label APDM - aplikasi pangkalan data murid. Show all posts
Showing posts with label APDM - aplikasi pangkalan data murid. Show all posts

Friday, April 25, 2014

APDM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

APDM, PENGAKALAN DATA MURID, 
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu
pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk
mengurangkan beban tugas guru.Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Kementerian Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban tugas guru malah memudahkan capaian kepada maklumat murid dalam APDM.untuk log masuk ke APDM lihat sini
 http://apdm.moe.gov.my/ 
Maklumat dalam data apdm merangkumi maklumat pelajar prasekolah hinggalah ketingkatan 6. APDM memudahkan para guru untuk menyemak maklumat murid..
Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan
digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa
akan datang. Menerusi APDM, terdapat pelbagai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar
Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.
Pastikan semua murid telah didaftarkan dalam APDM dan maklumat telah dikemaskini

apdm
Add caption

Cara mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada.

1.Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ pada APDM

2. Klik menu ‘Tambah Kelas’ pada APDM sekiranya kelas masih belum wujud pada APDM

3. Klik menu ‘Kemaskini’ pada APDM di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut pada APDM

4. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan maklumat dalam APDM.... selesai..
Cara padam/buang kelas sediada pada APDM

1. Administrator APDM sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.pada APDM

2. Klik menu ‘Padam’ pada APDM di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu padam/buang kelas tersebut pada APDM

3. Sila pastikan kelas yang hendak di padam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’ pada APDM . Kemudian baru padam/buang kelas tersebut...selesai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...