Soalan Sejarah tahun
4
1.Apakah sejarah?
a.Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
b.Sejarah ialah peristiwa yang akanr berlaku
c.Sejarah ialah cerita dongen yang berlaku pada waktu lampau
2. “Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab
yang dilakukan oleh mereka”
Penyataan ini merujuk
kepada pendapat sejarawan terkenal:-
a.Herodotus
b.Ibn Khaldun
c.Ibn Batuta
3.Siapakah Herodatus?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir
4.Siapakah Ibn Khaldun?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir
5.Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu……………………
a.Sumber asli dan sumber baharu
b.Sumber pertama dan sumber kedua
c.Sumber tiruan dan rekaan
6.Pilih pernyataan yang BENAR
a.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah
penulisan
b.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah
artifak
c.Sumber pertama ialah sumber majalah dan sumber kedua ialah penulisan
7.Berikut ialah contoh sumber Pertama KECUALI
a.Fosil
b.Manuskrip
c.Internet
8.Apakah artifak?
a.Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
b.tinggalan haiwan atau tumbuhan
c.Naskah tulisan tanggan
9. Kaedah arkeologi ialah
a.kajian sumber dari bahan bertulis
b.kajian secara temubual
c.Kajian terhadap tinggalan purba
10.Gua Niah ialah gua yang……………………………….. di Asia Tenggara
a.terbesar
b.tertua
c.tercantik
Soalan 11-15
Padankan dengan yang betul
Masjid Kampung Hulu
|
dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun
1511. Ia terletak di Bandar Hilir,
Melaka bersebelahan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua
yang masih tinggal di Asia.
|
|
A famosa
|
Ia merupakan masjid tertua di negeri ini dan dibina sekitar tahun
1720 hingga 1728. Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun
iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam.
|
|
Stadthuys
|
terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849
oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis.
|
|
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
|
ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja
Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun
1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana
struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
|
|
Gereja St. Francis Xavier
|
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini
dikenali sebagai Kelab Melaka. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang
ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang
memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
|