TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU 2014
Mencari
timba si anak dara,
Dibawah
sarang burung tempua,
Salam
sembah pembuka bicara,
Selamat
datang untuk semua.
Yg berusaha Guru Besar SK
GPK Pentadbiran Pn.
GPK Pentadbiran Pn
GPK Kokurikulum
Yg Dipertua PIBG SK
Naib Yg Dipertua PIBG En.
guru-guru ,kakitangan sekolah, para ibu bapa/penjaga
tahun 6 serta para pelajar yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum….
Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya kita dapat sama2 berkumpul pada pagi ini
bersempena dengan Majlis Restu Ilmu 2014.
Terbang merpati membawa berita,
Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,
Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ………………………………
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada al-fadhil
ustaz atas pimpinan doa itu tadi.
Emas tempawann
buatmu puteri,
Busana indah
buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan
diri,
Bersama madah
kata aluan.
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada
Yang dipertua PIBG En. ………………………………….. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada En………………………… atas ucapan itu tadi.
Seterusya adalah atur cara akad penyerahan dan
penerimaan ilmu. Untuk itu dijemput Ustaz ……………………………. selaku wakil guru tahun
6 dan Adik …………………………………….. untuk menyempurnakan akad penyerahan dan penerimaan
ilmu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz …………………………….
dan Adik ………………………………………… atas akad penyerahan dan penerimaan itu tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.
Atur cara berikutnya adalah ucapan Tn. Guru Besar SK………………………….
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj……………………………… untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. ………………….
atas ucapan itu tadi.
Seterusnya
penyampaian cenderahati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Pra
UPSR. Majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. …………………………………. mengiringi Tn. Guru Besar Tn.Hj. ………………………………………. untuk menyempurnakan majlis.
Pencapaian
5A dipersilakan
1.
………………………………..
2.
………………………………………
3.
………………………………………
Atur cara
berikutnya penyampaian cenderahati kepada semua calon UPSR 2014. Dipersilakan (
Rujuk Buku Program)
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj. …………………………. atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah itu tadi.
Seterusnya penyampaian cenderahati sumbangan daripada PIBG.
Untuk itu dijemput NYDP PIBG, ……………………….. mengiringi YDP PIBG …………………………………….. untuk
menyempurnakan atur cara. Dipersilakan
1. Guru Besar
2. Barisan Guru Penolong Kanan
3. Guru Tahun 6
4. Guru2 lain
Terima kasih diucapkan kepada En……………………………………….. atas
kesudian beliau menyampaikan cenderahati itu tadi.
Majlis kita pada
hari ini telah sampai ke kemuncaknya.
Pihak majlis merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara pada
hari ini berlangsung dengan jayanya.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap
harap dimaafi.
Kami menyusun jari
sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur
bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung. Saya
sudahi majlis kita dengan serangkap pantun..
Terbang rendah si
burung tempua,
Hinggap berdua di
dahan ara,
Hidangan di meja
sudah tersedia,
Jemputlah tuan
menjamu selera.
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU